Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Pengusaha inap desa bebas tuduhan miliki syabu
Published on: Saturday, July 31, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Pengusaha inap desa bebas tuduhan miliki syabu
NASRUL (kiri) meninggalkan bangunan mahkamah sambil diiringi oleh Azhier.
Kota Kinabalu: Seorang pengusaha inap desa berumur 38 tahun dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini daripada tuduhan memiliki 12 gram syabu.

Mohd Nasrul Jainorahim pada Jumaat dilepas dan dibebaskan selepas perbicaraan penuh. Majistret Afiq Agoes dalam menyampaikan keputusannya berkata, antara lain, mahkamah bersetuju dengan peguam tertuduh bahawa kegagalan teknikal pihak pendakwaan dalam mengemukakan tuduhan dipinda dengan berat tepat dadah yang dimiliki oleh tertuduh, menyebabkan kes itu batal. Nasrul dituduh memiliki dadah itu pada pukul 1 pagi 30 Mac 2018, di sebuah rumah di Kg Linau, Kota Belud. Empat saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan, yang dijalankan sejak 2019.

Nasrul didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) Akta sama yang membawa hukuman penjara antara dua tahun dan lima tahun, serta sebatan antara tiga dan sembilan kali, jika sabit kesalahan.

Inspektor U’Kasyah Hashim menjalankan pendakwaan sementara Nasrul diwakili oleh peguam Azhier Farhan Arisin.

Dalam kes lain, seorang warga Filipina berumur 24 tahun didakwa terbabit dalam perjudian dalam talian dengan menggunakan telefon bimbit. Merlyn Amil Hamja dituduh melakukan kesalahan itu pada pukul 7.27 malam 24 Julai di sebuah premis di Kg Keliangau, Manggatal.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Merlyn, yang hadir di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie, melalui persidangan video.

Mahkamah menetapkan 8 September untuk pengakuan Merlyn diambil di mahkamah terbuka dan memerintah supaya tertuduh direman lanjut.

Terdahulu, Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit, yang menjalankan pendakwaan, membantah ikat jamin atas sebab Merlyn tidak mempunyai dokumen pengenalan sah. Merlyn didakwa di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here