Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki pukul isteri dijel 6 bulan
Published on: Saturday, October 01, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Lelaki pukul isteri dijel 6 bulan
Menurut si isteri, seisi keluarga berada di ruang tamu pada hari tersebut apabila Saidun meminta anaknya mengurut badannya.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki bekerja sendiri berusia 43 tahun dipenjara enam bulan pada Jumaat kerana memukul isterinya.

Mohd Saidun Abdul Razak mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles atas tuduhan menyebabkan kecederaan kepada isterinya, 43, di sebuah rumah di Taman Mei Lok, Luyang pada jam 2 petang 15 Sept.

Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa seluruh keluarga Saidun menjalani kuarantin di rumah selama tujuh hari kerana positif Covid-19 mulai 13 Sept.

Pada 15 Sept lepas, Saidun mengamuk kerana tidak puas hati dengan layanan anaknya yang berusia 17 tahun ketika mengurut badannya.

Menurut si isteri, seisi keluarga berada di ruang tamu pada hari tersebut apabila Saidun meminta anaknya mengurut badannya.

Bagaimanapun, Saidun tidak puas hati dengan kekuatan tangan anak lelakinya dan menyangka anaknya tidak ikhlas untuk mengurutnya, lalu terus menumbuk muka anaknya.

Si isteri terkejut dengan kejadian itu dan merenung wajah Saidun, yang kemudian meluru ke arah isterinya kerana menyangka dia cuba memukulnya.

Saidun menumbuk mukanya dua kali dan menendangnya, menyebabkan isterinya yang mengalami masalah jantung pengsan, kata pihak pendakwaan.

Isterinya, yang mengalami kecederaan di muka kemudian membuat laporan polis terhadap Saidun, berhubung perselisihan faham antara mereka.

Saidun, yang tidak diwakili peguam, meminta hukuman ringan dengan mengatakan dia kesal dan telah memberi kerjasama semasa siasatan.

Saidun kemudiannya meminta dipenjara kerana dia tidak mempunyai wang untuk membayar denda dan tiada siapa yang akan membayar denda itu.

Inspektor Kelvan Elson Maik yang menjalankan pendakwaan, memohon hukuman setimpal.

Saidun didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun yang sama.

Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 326A menyatakan sesiapa yang menyebabkan kecederaan kepada pasangan atau bekas pasangannya, anak, orang dewasa yang kurang upaya atau ahli keluarga lain dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323, 324, 325, 326, 334 atau 335, hendaklah dihukum penjara selama tempoh dua kali lebih lama daripada tempoh maksimum yang boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan itu.

Dalam kes lain, tiga orang masing-masing dipenjara enam bulan kerana mengambil syabu.

Loius Gaspar, Julamri Kannang dan Mcveron Lee secara berasingan mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di lokasi berbeza di sini dan di Penampang antara 3 Julai dan 18 Ogos.

Mengambil dadah mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here