Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Sabah kutip hampir RM7 bilion
Published on: Saturday, January 28, 2023
Text Size:

Sabah kutip hampir RM7 bilion
Hajiji serta yang lain, pada majlis itu.
Tuaran: Kerajaan Negeri telah melakukan yang terbaik untuk membangunkan negeri di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya pada 2022, dengan mengutip kira-kira RM7 bilion hasil setakat ini, menurut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Kerajaan Negeri telah mengumpul hasil sehingga RM6.96 bilion setakat 31 Disember, katanya.

“Kutipan yang banyak sejak merdeka ini adalah bukti Kerajaan Negeri hari ini telah melakukan yang terbaik, justeru ini menunjukkan kita telah mentadbir Negeri dengan baik.

“Kita bukan hanya berpolitik, tidak seperti orang lain yang hanya tahu berpolitik dan mencari jawatan. Saya sedar ada orang cuba mengambil alih negeri dengan cara yang salah.

“Namun, saya bersyukur kerana kami dapat menangani semua kesusahan dan masalah dengan sokongan padu rakan PH (Pakatan Harapan) serta beberapa rakan Umno dan BN (Barisan Nasional). Mereka menyokong kami kerana mereka tahu betapa berjayanya kami menguruskan kewangan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka sempena Perayaan Tahun Baharu Cina Daerah Tuaran di Dewan Sri Sulaman di sini, Khamis lepas. Ketua Menteri berkata pendekatan mesra pelabur yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri juga menjadi pemacu kepada peningkatan kemasukan pelabur ke negeri ini.

“Kami membuka peluang seluas-luasnya kepada pelabur untuk datang ke Negeri ini bagi mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi dan seterusnya peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah.

“Ini adalah salah satu usaha kita memulihkan ekonomi negeri yang terjejas selepas pandemik Covid-19 agar rakyat dapat hidup dalam keadaan baik dan sejahtera.

“Saya juga ingin memberi jaminan kepada rakyat khususnya masyarakat Cina bahawa kerajaan hari ini akan terus melakukan yang terbaik melalui Hala Tuju SMJ bagi memastikan Sabah membangun dan rakyat mempunyai peluang di Negeri sendiri,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa gembira dengan kehadiran berbilang kaum dan agama untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama masyarakat Cina di Tuaran.

“Kita akan pastikan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama akan terus diperkukuh dan diperhebatkan,” katanya sambil menambah beliau tidak akan melupakan masyarakat Cina di Tuaran walaupun sibuk dengan tugas harian.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Adun Kiulu Datuk Joniston Bangkuai; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau, dan Adun Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya dan Pengerusi Penganjur, Frankie Goh.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here