Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Warga emas rogol remaja OKU dipenjara 20 tahun, kena 13 sebatan
Published on: Wednesday, February 01, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Warga emas rogol remaja OKU dipenjara 20 tahun, kena 13 sebatan
Dia disabit kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2)(k) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 60 tahun dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan dikenakan 13 kali sebatan kerana merogol anak perempuan teman wanitanya yang merupakan seorang OKU (orang kurang upaya).

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada Richard @ Rich Jawi selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah terhadap Richard, pada Selasa.

Richard didapati bersalah merogol remaja OKU berusia 17 tahun itu pada jam 1 tengah hari 25 Feb 2018 di sebuah rumah di Penampang.

Dia disabit kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2)(k) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Richard menjalani hukuman penjara itu dari tarikh sabitan dan selepas hukuman penjaranya selesai, dia diperintah diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Permohonan Richard untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan terhadap keputusan ke Mahkamah Tinggi, ditolak.

Semasa mitigasi, peguam Petrene Susanna Peter yang mewakili Richard meminta hukuman ringan, dengan mengatakan ia adalah kesalahan pertama Richard.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat atas sebab Richard telah mengambil kesempatan ke atas remaja OKU itu dengan merogolnya.

Dia memberitahu mahkamah bahawa mangsa merupakan pemegang kad OKU dan menurut ibu serta gurunya, mangsa seorang yang lembam (slow learner).

Mas Izzaty berhujah bahawa kejadian rogol itu bukan sahaja mengganggu pelajaran/pendidikannya tetapi menjejaskan masa depan mangsa untuk sepanjang hayatnya.

Tujuh saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan memberi keterangan dalam perbicaraan itu.

Mahkamah turut memerintahkan supaya ikat jamin yang dibayar oleh Richard sementara menunggu pelupusan kesnya, dikembalikan selepas tempoh rayuan tamat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here