Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Langkah perkasa pendidikan, penjagaan kesihatan Sabah
Published on: Friday, May 19, 2023
By: Johan Aziz
Text Size:

Langkah perkasa pendidikan, penjagaan kesihatan Sabah
JEFFREY (tengah) bersama Doti (kedua, kiri) dan Sabitun (kedua, kanan) bergambar dengan yang lain selepas program itu.
TAMBUNAN: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mengalu-alukan langkah Kerajaan Persekutuan untuk memperkasakan sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan Sabah dan Sarawak melalui autonomi separa.

“Ia satu perkembangan yang baik dan menjadi aspirasi kepada rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Outreach Paguguyuan XII 2023 anjuran Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau di SK Kaingaran di sini, pada Selasa.

Beliau berkata melalui ini, sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan di negeri ini jauh lebih baik berbanding sebelum ini dan baik untuk Sabah mempunyai kuasa tertentu kerana ia terlalu jauh dari Kuala Lumpur.

“Kami amat mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara ini baru-baru ini,” katanya.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri berpuas hati dengan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 baru-baru ini di mana semua pemimpin boleh bertukar fikiran dan memberi pandangan serta sokongan bagi memastikan kerajaan Perpaduan lebih kukuh.

Pada masa sama, katanya, semua pemimpin yang hadir dapat menerima idea baharu selain mengeratkan perpaduan dalam kalangan yang hadir bersama Perdana Menteri.

“Pada konvensyen itu yang menghimpunkan semua pemimpin di bawah kerajaan perpaduan, kami juga boleh menyampaikan isi hati kita untuk didengari secara langsung dan ini adalah peluang yang diberikan kepada semua pemimpin parti supaya kami dapat bertukar fikiran dan bekerjasama antara satu sama lain,” katanya.

Mengenai program itu, Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah menyifatkannya sebagai baik untuk pelajar turun padang, tetapi mereka juga akan bekerjasama dengan agensi kerajaan dan penduduk kampung serta mengkaji aktiviti di kampung.

Selain itu, katanya, mereka juga dapat mengenali dan merasai sendiri suasana di kampung bersama penduduk kampung yang membolehkan mereka menggunakannya sebagai pengalaman pada masa hadapan.

“Program Paguguyuan anjuran IPG Kampus Keningau diadakan selama tiga hari di SK Kaigaran, dan saya diberitahu Paguguyuan berasal daripada bahasa Murut yang bermaksud kerjasama dan ‘gotong royong’.

“Mereka membawa pelajar IPG turun padang untuk membantu masyarakat dan bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk kerja khidmat masyarakat dan bergotong royong di kawasan sekolah bersama masyarakat setempat,” katanya.

Jeffrey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan berkata, program itu baik dan perlu digalakkan agar dapat memberi manfaat kepada semua pihak, selain menjadi asas kepada semangat kerjasama antara agensi kerajaan, guru, pelajar dan masyarakat kampung. Turut hadir pada program tersebut ialah Pegawai Daerah Sabitun Makajil dan Pengarah IPG Kampus Keningau Doti Asing.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

Keywords:
sabahmovingforward





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here