Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Pelihara semangat persaudaraan pelbagai kaum melalui Kaamatan: Vivian
Published on: Monday, May 22, 2023
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Pelihara semangat persaudaraan pelbagai kaum melalui Kaamatan: Vivian
VIVIAN dan yang lain melakukan gimik pelancaran sambutan itu.
SANDAKAN: Semangat perpaduan, persaudaraan dan persahabatan yang selama ini telah menjadi amalan hidup masyarakat pelbagai suku kaum dan agama di negara ini perlu terus dipelihara.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, berkata, kebersamaan ini juga dapat dilihat menerusi sambutan perayaan yang pelbagai di negara ini antaranya Pesta Kaamatan.

Katanya, sesuai dengan tema sambutan Pesta Kaamatan, iaitu “Kaamatan Membudayakan Perpaduan” pada tahun ini, ia sudah pasti dapat meraikan kepelbagaian di kalangan rakyat yang hidup dalam suasana harmoni dengan identiti unik setiap etnik.

“Ia juga menjadi kunci keutuhan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum,” katanya sebelum menambah nilai perpaduan dan kebersamaan bangsa dan etnik ini juga menjadi kekuatan untuk masyarakat terus hidup dalam suasana aman dan harmoni,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Sandakan 2023 di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini, Sabtu lepas.

Hadir sama, Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung dan isteri, Datin Alice Chan, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Sandakan tahun 2023, Henry Idol, Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt. Mohd Hamizi Halim dan ibu Vivian, Datin Florence Wong.

Sementara itu, Vivian berkata, sesuai dengan sambutan Pesta Kaamatan sebagai tanda kesyukuran terutama dalam kalangan masyarakat Kadazan Dusun Murut dan Rungus terhadap hasil tuaian mereka, kesempatan ini juga perlu dimanfaatkan untuk semua sama-sama bersyukur, menghargai dan memelihara nikmat perpaduan dan keharmonian semua suku kaum dan agama.  “Semua lapisan masyarakat di Sabah dan Sandakan amnya juga sudah sinonim dengan sambutan Pesta Kaamatan dan turut diraikan bersama tanpa mengira latar belakang suku kaum, agama dan fahaman politik,” jelasnya.

“Perkongsian budaya ini telah menjadikan sambutan Pesta Kaamatan ini sentiasa kita nantikan setiap tahun dan seterusnya mendorong kepada interaksi budaya dalam usaha memperkukuhkan kebudayaan secara inklusif,” tambahnya.

Ujarnya, setiap kali sambutan pesta kaamatan diadakan, rakyat daripada pelbagai kaum, agama dan budaya dapat bersama-sama merayakannya sekaligus membuktikan keunikan kita sebagai rakyat Malaysia.

Beliau mengajak semua agar dapat bersama-sama meraikan sambutan Pesta Kaamatan ini dan membuktikan kepada masyarakat luar bahawa suku kaum minoriti dalam masyarakat majmuk di negara ini juga mampu memperkukuhkan semangat persahabatan, keterangkuman dan persaudaraan serta rasa kekitaan sesuai dengan semangat nilai teras Malaysia Madani yang berasaskan sikap saling menghargai, belas kasihan, saling menghormati dan kepercayaan. Keharmonian demi kesatuan ini juga merupakan keunikan yang bukan sahaja mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum, malah menjadi penanda aras bagi keamanan dan keharmonian hidup rakyat. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here