Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Datuk antara 14 didakwa anggotai ‘Geng Upik’
Published on: Saturday, March 23, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Datuk antara 14 didakwa anggotai ‘Geng Upik’
TERTUDUH dibawa memasuki lori polis yang ditutup sepenuhnya ketika meninggalkan pejabat Polis di kompleks mahkamah.
Kota Kinabalu: Empat belas individu termasuk seorang Datuk didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat, kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang “Geng Upik”.

14 individu itu, yang dibawa secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Ismail Brahim, mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu, di sini, antara 2015 dan 2023.

Mereka ialah Datuk Maslan Sani, 41, Fazrul Bahar, 32, Norsyafilah Pawawoi, 27, Shahlan Shah Abdul Samad, 37, Mahathir Jibarail, 49, Zulkahar Dusing, 38, Nelson Yen Yee Chung, 46, Alkan Abraham, 35, Mohd Faridzul Asmahadi , 31, Mohd Fikrie Asme, 28, Rahman Burijin, 44, Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45, Mohd Fauzie Rablin, 33, dan Mazlan Mahmud, 41.

Maslan didakwa melakukan kesalahan itu antara 2015 dan 24 Dis 2023, Fazrul (antara 2020 dan 24 Dis 2023), Norsyafilah (antara 2015 dan 28 Julai 2016), Shahlan (antara 2016 dan 24 Dis 2023), Mahathir (antara 2018 dan 24 Dis 2023), Zulkahar (antara 2021 dan 3 Mei 2023), Yen (antara 2023 dan 24 Dis 2023).

Alkan (antara 2015 dan 24 Dis 2023), Faridzul (antara 2020 dan 24 Dis 2023), Fikrie (antara 2022 dan 12 Okt 2023), Rahman (antara 2018 dan 24 Dis 2023), Jaisalfian (antara 2018 dan 24 Dis 2023), Fauzie (antara 2022 dan 24 Dis 2023) dan Mazlan (antara 2018 dan 24 Dis 2023).

Pertuduhan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara lima tahun dan 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan lain untuk penyerahan dokumen kepada pihak pembelaan.

Ismail menetapkan tarikh sebutan pada 27 Mac untuk Maslan, Fazrul, Norsyafilah dan Rahman di Mahkamah Tinggi 1; 2 April untuk Faridzul dan Fikrie di Mahkamah Tinggi 5; 4 April untuk Yen dan Alkan di Mahkamah Tinggi 4; 8 April untuk Shahlan, Mahathir, Zulkahar dan Jaisalfian di Mahkamah Tinggi 2; dan 17 April untuk Fauzie dan Mazlan.

Kes 14 individu itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi daripada Mahkamah Sesyen lebih awal pada sebelah pagi.

Tertuduh ke-14, Fikrie mula-mula dibawa ke hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim untuk pertuduhan dibacakan kepadanya tanpa pengakuannya direkodkan, sebelum kesnya dan 13 lagi dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pihak pendakwaan memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen bahawa Fikrie kini ditahan atas kesalahan dadah di Pusat Koreksional Simpang Renggam, Johor dengan perintah tahanan mulai 8 Dis 2023 hingga 8 Dis 2025.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail, Siti Hajar Mat Radzi dan Nur Ainaa Ridzwan.

Maslan dan Fazrul diwakili peguam Chin Tek Ming, Norsyafilah diwakili peguam Michelle Usman, Shahlan diwakili peguam Shahlan Jufri dan Luke Ressa Balang, Mahathir, Alkan dan Faridzul oleh peguam Shahlan Mohd Luqman Syazwan, Yen diwakili peguam Datuk Ram Singh dan Chen Wen Jye.

Jaisalfian diwakili peguam Muhamad Amirul Amin, Fauzie dan Mazlan diwakili peguam Sylyester Kuan, manakala Zulkahar, Rahman dan Fikrie tidak diwakili.

14 tertuduh diperintah direman lanjut sementara menunggu tarikh sebutan masing-masing.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here