Mon, 3 Jun 2024

HEADLINES :


Muis terus dapat kepercayaan umat Islam
Published on: Thursday, May 09, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:

Muis terus dapat kepercayaan umat Islam
MALAI (depan, tiga dari kiri) bersama Ariffin (depan, empat dari kiri) pada majlis itu.
Kota Kinabalu: Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) terus mendapat kepercayaan umat Islam di Sabah khususnya berkaitan zakat walaupun sebelum ini ada cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti badan islamiah itu.

Timbalan Yang Di Pertua Muis, Datuk Malai Ali Malai Ahmad berkata, bagaimanapun pihaknya menganggap semua itu sebagai satu cabaran sekaligus membantu Muis meningkatkan perkhidmatan dari masa ke semasa.

“Alhamdulillah, kepercayaaan umat islam kepada Muis sebagai pemegang amanah zakat semakin baik walaupun ada sedikit tentangan, cabaran (sebelum ini) tapi kami menganggapnya sebagai kritikan yang membina.

“Pada masa sama, membantu kita melihat di mana ruang, kaedah atau pun mekanisme yang perlu kita baiki dari masa ke semasa (hal ehwal zakat),” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Muis, di sini.(8 Mei)

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ariffin Arif; YDP Muis, Datuk Yahya Hussin; Ketua Pegawai Eksekutif Muis, Ramlan Awang Ali dan Pengarah Jheains, Jumain Abd Ghani.

Malai berkata, pihaknya kini giat menumpukan hal ehwal zakat bagi memastikan mutu perkhidmatan Muis dalam perkara ini bertambah baik dan seterusnya memudahkan masyarakat Islam di Sabah.

Katanya, bagi memastikan usaha itu direalisasikan, Muis telah mengadakan pelbagai kempen yang bukan saja bertujuan memperkasa perkhidmatan zakat tetapi juga bantuan kepada golongan asnaf.

“Sekarang ini Muis lebih menumpukan kepada hal ehwal zakat sebab ia diperlukan umat (Islam) jadi, kita kempen ke kempen, sumbangan demi sumbangan, bantuan demi bantuan kita akan gerakkan terus,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 3,000 masyarakat dari pelbagai latar belakang hadir di acara tahunan itu yang diadakan di perkarangan pejabat Muis di Bangunan Muis, di sini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here