Sun, 2 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Rogol: Remaja 13 tahun antara enam ditahan
Published on: Thursday, May 09, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:

Rogol: Remaja 13 tahun antara enam ditahan
Dzulbaharin berkata, siasatan dijalankan untuk kes rogol statutori mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara 10 hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
LAHAD DATU: Seorang remaja berusia 13 tahun antara enam suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan rogol membabitkan seorang pelajar sekolah menengah awal bulan ini.

“Kes yang dipercayai berlaku awal tahun ini, dilaporkan berlaku di rumah mangsa dan di dalam sebuah kenderaan,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek direman bagi membantu siasatan.

“Ujian air kencing ke atas kesemua suspek didapati negatif penyalahgunaan dadah,” tambahnya.

Dzulbaharin berkata, siasatan dijalankan untuk kes rogol statutori mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara 10 hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Beliau menasihati masyarakat, khususnya ibu bapa dan penjaga, agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak dan orang sekeliling mereka.

“Ibu bapa juga mesti memantau telefon anak mereka (untuk melihat) apa yang dikongsi atau dimuat naik bagi mengelak kejadian tidak diingini,” tambahnya.

“Hubungan intim melibatkan kanak-kanak bawah umur adalah satu kesalahan di bawah undang-undang walaupun ia atas persetujuan bersama,” tambahnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here