Thu, 2 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

395 PTI diusir ke Zamboanga
Published on: Saturday, July 04, 2020
By: Winnie Kasmir
Text Size:

395 PTI diusir ke Zamboanga
Gambar (Bernama) untuk Ilustrasi sahaja.
SANDAKAN: Seramai 395 orang pendatang tanpa izin (PTI) Filipina diusir ke negara asal menaiki kapal MV Antonia 1 dari pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina pada Jumaat.

Ini merupakan pengusiran siri ke-20 melalui laut bagi 2020 melibatkan PTI Filipina dan Indonesia. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pengusiran PTI sepanjang tahun ini seramai 4,751 orang.

Pengarah Keselamatan Negeri, Sh Sitti Saleha Habib Yussof, berkata seperti siri pengusiran sebelum ini, semua tahanan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum diusir dan penjagaan kebersihan diamalkan sepanjang proses pengusiran berlangsung.

“Pengusiran PTI Filipina juga berjaya dijalankan setelah ditangguhkan sejak Mac lalu apabila penguatkuasaan arahan menyekat dan menutup sempadan dikeluarkan oleh Kerajaan Filipina bagi mengekang wabak Covid-19 di negara itu.

“Oleh itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah berterima kasih kepada Kerajaan Filipina kerana memberikan pengecualian bagi membolehkan pengusiran ini dan memudahkan proses terutamanya dalam menanggung sendiri kos ujian saringan terhadap PTI Filipina. “MKN Sabah juga berharap agar Kerajaan Filipina dapat mempertimbangkan supaya proses pengusiran dapat dibuat bukan berdasarkan tempoh selang masa 15 hari, sebaliknya dilaksanakan mengikut daerah / wilayah asal PTI,” katanya dalam kenyataan akhbar, Khamis lepas.

Beliau berharap kerjasama padu semua pihak seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Kesihatan akan berterusan dan proses pengusiran pada masa akan datang terus berjalan lancar seperti pada kali ini.

“MKN dan semua agensi berkaitan tidak pernah jemu untuk menguatkuasakan tindakan ke atas PTI di negeri ini walaupun ketika wabak Covid-19 belum berakhir demi kesejahteraan dan kedaulatan negara Malaysia amnya dan Sabah khasnya,” ulasnya lagi.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here