Sat, 18 May 2024

HEADLINES :


EU beri geran untuk bantu orang asal Sabah
Published on: Tuesday, April 30, 2024
By: Jozie John
Text Size:

EU beri geran untuk bantu orang asal Sabah
WASIEWSKA (kedua dari kanan) menerima cenderahati daripada Anne.
Kota Kinabalu: Kesatuan Eropah (EU) bekerjasama dengan Rakan Kongsi Organisasi Masyarakat di Sabah (Pacos Trust) untuk mempromosikan hak sosio-ekonomi dan budaya orang asal luar bandar di negeri ini.

Kaunselor Pertama Delegasi (EU) ke Malaysia, Joanna Wasiewska berkata kerjasama itu adalah melalui projek “Memperkasa Komuniti Orang Asal: Memperkukuh Kapasiti, Rangkaian, Advokasi dan Ketahanan Budaya untuk Merealisasikan Hak” mereka.

“EU secara aktif menyokong orang asal di seluruh dunia sejak lewat 1990-an. Kami komited untuk mengekalkan orang asal sebagai fokus utama memandangkan keadaan tidak menguntungkan mereka dalam banyak masyarakat. Kami berbangga untuk memberikan sokongan kami kepada Pacos Trust untuk tiga tahun akan datang (2024-2026).

“Pacos Trust berjaya melaksanakan inisiatif terdahulu, juga dibiayai oleh EU, untuk memerangi perkahwinan kanak-kanak dan meningkatkan kepimpinan politik wanita,” katanya ketika mengumumkan kerjasama itu di pekarangan Pejabat Pacos Trust di Kg Kivatu, Penampang, semasa Bazar Gresunali 2024 baru-baru ini.

Beliau berkata geran baharu sebanyak 610,000 euro (RM3.1 juta) akan membolehkan Pacos Trust meneruskan persekitaran pemungkin di Sabah untuk mempromosikan hak-hak orang asal, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Pengarah Eksekutif Pacos Trust Anne Lasimbang berkata sokongan daripada EU sudah pasti akan membuka jalan kepada sumbangan bermakna kepada pembinaan negara.

“Hubungan mendalam mereka (orang asal) dengan alam sekitar, budaya yang kaya dan pengetahuan komunal akan menjadi aset yang tidak ternilai dalam memupuk pembangunan lestari dan memelihara warisan budaya.”

Fokus Pacos Trust adalah bagi memperkasa organisasi masyarakat sivil orang asal Sabah untuk mengambil bahagian secara lebih aktif dalam proses membuat keputusan.

“Aktiviti termasuk menyokong media bebas, memerangi maklumat salah, meningkatkan kesedaran untuk menamatkan perkahwinan kanak-kanak, dan menonjolkan peranan wanita orang asal sebagai pemimpin masyarakat dan penjaga alam sekitar.

“Selaras dengan Dekad Bahasa Orang Asal Antarabangsa (2022-2032), kempen, bengkel dan bahan pembelajaran akan dibangunkan dalam bahasa tempatan untuk mengekalkan budaya orang asal,” kata Anne.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here