Fri, 17 May 2024

HEADLINES :


Rompakan berkumpulan: E-review kes lelaki ditetap 15 April
Published on: Tuesday, March 23, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Rompakan berkumpulan: E-review kes lelaki ditetap 15 April
FotoBERNAMA.
Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen menetapkan 15 April tahun ini untuk e-review kes membabitkan seorang lelaki berumur 25 tahun yang didakwa melakukan rompakan berkumpulan.

Hakim Elsie Primus menetapkan tarikh itu bagi Angel Wee Peng Teng untuk memantau perkembangan permohonan rundingan pengakuan bersalah oleh pihak pembelaan.

Prosiding dijalankan melalui Zoom pada Isnin.

Peguam Jamil Hamid daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, yang mewakili Wee, meminta masa untuk memfailkan permohonan untuk rundingan tersebut.

Wee dituduh menyamun Sarimah Saridin, 27, dan melarikan iPhone milik mangsa, pada pukul 4.30 pagi 29 Jun 2019 di Lobi 3 Hotel di Bandaran Berjaya, di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama dua subahat yang masih bebas.

Kesalahan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman hadir untuk pendakwaan.

Dalam kes lain, seorang lelaki didakwa mengambil dadah secara berulang.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Mohd Syammil Abdul Malek selepas tuduhan dibacakan kepadanya sementara menunggu laporan patologi dan rekod sabitan lampaunya.

Mahkamah menetapkan 22 April untuk sebutan dan melepaskan Mohd Syammil dengan jaminan RM5,000 dengan deposit RM3,000 dan dua penjamin tempatan.

Mohd Syammil juga diperintah untuk melapor diri di balai polis Kota Belud seminggu sekali.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here