Mon, 10 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Dipenjara 35 tahun, lelaki terlepas hukuman gantung
Published on: Tuesday, May 14, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Dipenjara 35 tahun, lelaki terlepas hukuman gantung
Hibir diperintahkan menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 28 tahun terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan meringankan hukuman matinya kepada penjara 35 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh jirannya di Kudat.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Ravinthran N. Paramaguru, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Dr. Choo Kah Sing membuat keputusan itu dan meringankan hukuman mati Hibir Azlan selepas mendengar kesnya.

Hibir diperintahkan menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap.

Dia pada 7 Dis, 2021 dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh Jotin Yojunpin, 45, jam 1 petang pada 29 Dis, 2016 di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Garau, Kampung Narandang di Kudat.

Terdahulu, peguam Arthur Borine yang mewakili Hibir memaklumkan mahkamah bahawa surat representasi mereka kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya supaya Hibir dipenjarakan berikutan pindaan yang dibuat kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, telah diterima.

Pihak pendakwaan sebagai responden mengesahkan perkara itu.

Susulan pindaan itu, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi daripada 40 tahun ke atas pesalah jika tidak dijatuhkan hukuman mati.

Pesalah lelaki juga hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali sebatan rotan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here