Fri, 24 May 2024

HEADLINES :


Usia boleh bantu kerajaan pulih ekonomi
Published on: Thursday, December 28, 2023
Text Size:

Usia boleh bantu kerajaan pulih ekonomi
SHAHELMEY menerima cenderahati daripada Sapawi selepas mewakili Ketua Menteri merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Perwakilan Usia ke-37 yang diadakan di Putatan pada 16 Disember.
PERTUBUHAN Islam Seluruh Sabah (Usia), persatuan Islam terbesar dan tertua di Sabah, boleh membantu Kerajaan dalam memulihkan ekonomi negara, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata ini boleh dilakukan melalui rangkaian perniagaan seperti jualan runcit, penubuhan koperasi dan aktiviti keusahawanan lain.

Beliau berkata kekuatan Usia, yang mempunyai 29 bahagian di Sabah, terletak pada keupayaannya memainkan peranan dalam memperkukuh “ukhuwah silaturrahim” di kalangan anggotanya dan masyarakat berbilang kaum di Sabah.

Usia didaftarkan pada 10 Oktober 1969, dan memainkan peranan besar dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Sabah untuk mewujudkan masyarakat yang akhlak dan budi pekerti tinggi.

Hajiji juga menyeru Usia untuk membantu melengkapkan belia Sabah dengan pendidikan.

“Selain pendidikan akademik, Usia mempunyai kapasiti untuk melengkapkan golongan belia dengan kemahiran teknikal dan ilmu agama bagi mempersiapkan mereka sebagai penerus kepada kelangsungan dakwah dan tarbiyyah di negeri dan negara ini,” katanya pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Perwakilan Usia ke-37 di Putatan pada 16 Disember. 

Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir. Shahelmey Yahya.

Hajiji berkata Usia harus menggunakan sepenuhnya kepakarannya untuk menarik belia meningkatkan kemahiran mereka bersesuaian dengan keperluan semasa dan menggalakkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan dakwah.

“Golongan muda sebagai pemimpin masa depan perlu dilengkapi dengan pendidikan dan kemahiran teknikal khususnya ilmu agama agar menjadi penerus kepada kelangsungan gerakan dakwah dan tarbiyyah (membangun dan mengembangkan potensi dalam diri seseorang melalui latihan) di Sabah dan negara ini.

“Kerajaan Negeri akan terus menyokong usaha Usia dalam melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat Sabah, termasuk program keusahawanan, mendekati masyarakat dan dakwah, sekali gus membantu menyatupadukan masyarakat,” katanya. 

Yang Dipertua Usia Datuk Sapawi Ahmad turut hadir.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

Keywords:
sabahmovingforward





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here