Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Bersatu di bawah Kerajaan Negeri tuntut 40 peratus’
Published on: Thursday, May 23, 2024
Published on: Thu, May 23, 2024
Text Size:
Text:
‘Bersatu di bawah Kerajaan Negeri tuntut 40 peratus’
Fredian (kiri) juga berkata Hajiji (kanan) menghormati hak SLS untuk memulakan prosiding undang-undang bagi tujuan mendapatkan hak perlembagaan terbabit.  
Kota Kinabalu: Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Fredian Gan menggesa semua rakyat Sabah bersatu di bawah usaha Kerajaan Negeri menuntut hak hasil 40 peratus yang sudah lama tertunggak, termasuk penambahbaikan dari segi kuantum pembayaran interim.

“Kita harus konsisten dan fokus dalam perkara ini supaya usaha Kerajaan Sabah untuk mendapatkan semua hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) lebih koheren dan tepat untuk didengari dengan jelas oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement
Fredian mengulangi kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Jumaat lalu bahawa Sabah akan kekal dengan pendirian tetapnya dalam menuntut 40 peratus itu. 

“Kekeliruan timbul berikutan kenyataan seorang peguam selepas pendengaran semakan kehakiman oleh Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) baru-baru ini. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Hajiji menyatakan bahawa kenyataan peguam itu tidak selari dengan pendirian Kerajaan Sabah dan beliau telah mengarahkan Peguam Negara untuk membetulkannya.

“Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak berganjak daripada kedudukannya untuk terus bekerja melalui platform perundingan dengan Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan hak Sabah seperti yang termaktub dalam perlembagaan,” katanya.

Advertisement
Fredian juga berkata Hajiji menghormati hak SLS untuk memulakan prosiding undang-undang bagi tujuan mendapatkan hak perlembagaan terbabit.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here