Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Empat sekawan bebas tuduhan cabul, rogol remaja
Published on: Tuesday, March 05, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Empat sekawan bebas tuduhan cabul, rogol remaja
EMPAT sekawan bersama peguam mereka, Mohamad Syazwan (tengah).
SANDAKAN: Mahkamah Sesyen, Isnin, melepas dan membebaskan empat sekawan daripada tuduhan mencabul dan merogol seorang perempuan berusia 15 tahun pada 2018.

Hakim Zaini Fishir @ Fisal, membuat keputusan itu selepas menimbangkan keseluruhan bukti yang dikemukakan apabila beliau memutuskan adalah tidak selamat untuk memanggil keempat-empat tertuduh membela diri.

Insiden itu didakwa berlaku pada 11 Ogos, 2018 di sebuah pondok di sebuah taman perumahan.

Kesemua tertuduh berusia 17 tahun ketika itu dan didakwa di Mahkamah Sesyen pada Mac 2022.

Tertuduh pertama, Muhammad Agha Syami Amran, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan manakala tertuduh kedua, Irfan Dzul Haikal Redin, didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Bagi tertuduh ketiga, Mohd Syafi Mazlan, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Tertuduh keempat, Mohd Irfan Haleq Sukartan, didakwa di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Lim Sze Chuan melakukan pendakwaan dan lapan saksi memberi keterangan di peringkat pendakwaan.

Keempat-empat tertuduh diwakili peguam, Mohamad Syazwan Shah Mohamad Ali dan Nigel Neong Kaning.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here