TELUPID: Kerajaan menyediakan peruntukan dana sebanyak RM100 juta untuk pelaksanaan Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS 2.0) bagi tahun 2024, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin.
Beliau berkata pihaknya menyasarkan 7,000 penyertaan bagi skim ini dimana ketika ini masih banyak ruang permohonan dibuka.
Jelasnya, bagi tujuan itu, pihaknya menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia juga menyeru pekebun kecil sawit mengambil peluang bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini untuk meningkatkan semula potensi pendapatan melalui tanaman semula pokok sawit tua.
Jelasnya, dianggarkan sebanyak 20 peratus tanaman sawit di negara ini juga sudah berusia 20 tahun.