Wed, 15 May 2024

HEADLINES :


10,000 al-Quran dalam bahasa Dusun akan diedar
Published on: Monday, April 01, 2024
Text Size:

10,000 al-Quran dalam bahasa Dusun akan diedar
Yang di Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin memotong riben sebagai gimik Majlis Pelancaran Terjemahan Al Quran dan Penterjemahan Empat Bahasa Etnik bertempat di Hotel Raia – ihsan Jabatan Penerangan Sabah.
Kota Kinabalu: Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia (KDMRS Muslim) bakal mengedarkan 10,000 naskhah pertama al-Quran yang telah diterjemahkan dalam bahasa Dusun secara percuma untuk semua masyarakat Dusun beragama Islam.

Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim, Nicholas Sylvester berkata 1,000 lagi naskah akan diedarkan kepada masyarakat Dusun di semenanjung.

Katanya, usaha penterjemahan Al Quran kepada bahasa Dusun memakan masa empat tahun dan turut melalui beberapa proses selepas perbincangannya bermula sekitar 2018.

“Pada 2020, bengkel diadakan bagi menilai terjemahan Al-Quran serta penerbitan. Kemudian pada 2023 terjemahan Al- Quran bahasa Dusun telah mendapat kelulusan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk pencetakan.

“Pasukan penterjemah diketuai oleh Dr Joseph@Yusof Gimbad bersama pasukannya membabitkan Ustaz Naim Majin, Ustaz Sulaimin Musinin dan Ustaz Esibi Lakui,” katanya.

Nicholas berkata KDMRS Muslim juga mengambil inisiatif untuk terus mengusahakan terjemahan al-Quran dalam bahasa etnik lain iaitu Kadazan, Murut, Rungus dan Sungai. 

“Seperti yang kita sedia maklum, Sabah mempunyai bangsa, agama dan bahasa yang pelbagai khusus antaranya dari rumpun Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan Sungai. 

“Penganut agama Islam dari kalangan rumpun ini juga semakin bertambah,” katanya pada Majlis Pelancaran Terjemahan Al Quran dan Penterjemahan Empat Bahasa Etnik yang dilancarkan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Nicholas berkata idea untuk menerbitkan terjemahan al-Quran dalam bahasa Dusun timbul selepas beliau sering melihat dakwah yang disampaikan dalam bahasa Dusun di masjid pedalaman Sabah.

“Dari sini, kami nampak terdapat keperluan untuk mencari orang paling layak (pakar) bagi menterjemahkan (al-Quran) dalam bahasa (Dusun) standard.

“Terjemahan ini merupakan idea bersama (semua pihak berkaitan). Sebagai Presiden KDMRS Muslim, ini hala tuju yang perlu kita ambil. Kemudian kita membuat keputusan untuk menterjemahkan al-Quran secara sistematik dan tersusun,” katanya.

Sementara itu, ketua pasukan penterjemah al-Quran bahasa Dusun Dr Joseph@Yusof Gimbad berkata kerja penterjemahan dilakukan secara terus dari bahasa Arab ke bahasa Dusun agar mampu dihayati oleh masyarakat etnik terbabit.

“Al-Quran ini sangat asli dari segi bahasanya dan malah menyentuh setiap bangsa dan etnik.

“Jadi apabila kita menterjemahkan al-Quran dalam bahasa etnik, etnik itu akan merasakan al-Quran juga diturunkan kepada mereka,” katanya.

Menurutnya lagi, penterjemahan itu menggunakan bahasa Dusun Bunduliwan yang merupakan bahasa Dusun standard oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Tambahnya, Bunduliwan merupakan antara bahasa etnik Dusun yang kaya dengan kosa kata berbentuk rohaniah.

KDMRS Muslim mensasarkan untuk mengedar sebanyak 50,000 naskhah al-Quran yang diterjemahkan dalam bahasa Dusun.

Turut hadir Menteri Kewangan Negeri Datuk Seri Masidi Manjun, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam dan pegawai lain.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here