Tenom: Seorang pemandu lelaki tempatan di sini dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM30,000 atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Tertuduh berusia 30 tahun itu didakwa di Mahkamah Litar Tenom pada Isnin mengikut Seksyen 45 (1)(A) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan di bacakan di hadapan Majistret Flavian Edward Henry.