Sat, 18 May 2024

HEADLINES :


Liew dipelawa lancar Ekspo Borneo 2024 pada 3 Mei
Published on: Tuesday, April 30, 2024
Text Size:

Liew dipelawa lancar Ekspo Borneo 2024 pada 3 Mei
FOTO menunjukkan Liew (ketiga dari kanan) bersama delegasi BNI dan pegawai Kementerian. Di sebelah kanan beliau ialah Chin.
Kota Kinabalu: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew dipelawa untuk melancarkan secara rasmi Ekspo Borneo 2024 yang julung kali diadakan, yang dijangka menjadi acara perniagaan perdana pasca pandemik di Sabah dan sebagai platform untuk usahawan muda mengembangkan usaha niaga mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 3 Mei.

Delegasi dari Business Network International (BNI) Sabah North menyampaikan jemputan kepadanya semasa kunjungan hormat baru-baru ini.

Ditubuhkan pada 1985, BNI ialah organisasi rangkaian perniagaan terbesar di dunia yang mana ahlinya membantu antara satu sama lain mengembangkan perniagaan mereka.

Liew memuji penganjur kerana mengambil inisiatif bagi mendapatkan pemilik perniagaan dan usahawan dari negeri-negeri di Malaysia dan negara luar lain untuk menyertai acara itu.

“Ini adalah peluang yang baik untuk peserta berhubung bagi tujuan kerjasama perniagaan tempatan dan antarabangsa yang akan memacu ekonomi negeri,” katanya.

Memberi taklimat kepada Menteri, Ketua Pegawai Eksekutif Pasukan Kerja Acara Brandon Chin berkata Ekspo Borneo 2024 dengan tema “Membuka Peluang Sabah” menawarkan sesi padanan (matchmaking) dan meluaskan jaringan perniagaan, ceramah perniagaan dan bengkel. Bagi pemerkasaan belia, program ini termasuk forum usahawan belia dengan lapan penceramah Malaysia dan antarabangsa.

Beliau berkata ekspo itu berfungsi sebagai batu loncatan untuk usahawan mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka, antara objektif lain.

“Kami menjangkakan bagi menarik kira-kira 300 hingga 500 peserta dari Malaysia dan bahagian lain di dunia kerana BNI berada di seluruh dunia, selain wakil persatuan perniagaan di dalam dan luar Sabah. Pelawat sasaran kami adalah ahli persatuan perniagaan di seluruh negara, termasuk BNI Malaysia, pengguna tempatan dan mereka yang dari negara luar,” kata Chin.

Menurutnya, terdapat kira-kira 150 gerai pameran dengan pempamer terdiri daripada perniagaan Malaysia dan luar negara, BNI Sabah North, persatuan perniagaan serta jabatan dan agensi kerajaan.

Anggota lain dalam delegasi BNI ialah Timbalan Pengerusi Penganjur Jerome Yong, Pengarah Perhubungan Awam Daniel Chong dan Penyelaras Media Alan Wong.

Turut hadir pegawai Kementerian Hajah Dg Nur Zilah Hassilah Ag Kachee (Ketua Penolong Setiausaha) dan Dr Dayang Siti Maryam Mohd Hanan (Penolong Setiausaha Kanan).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here