Sat, 18 May 2024

HEADLINES :


Pejuang ingin bincang kerjasama dengan GRS pada PRN17: Mukhriz
Published on: Saturday, May 04, 2024
By: Nora Ahmad
Text Size:

Pejuang ingin bincang kerjasama dengan GRS pada PRN17: Mukhriz
Mukhriz ketika beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pejuang Peringkat Sabah di Kota Kinabalu. (Gambar: Harian Ekspres: Nora Ahmad)
Kota Kinabalu: Pejuang menyatakan hasrat untuk melakukan pertemuan dengan pemimpin parti tempatan termasuk GRS untuk berbincang mengenai kerjasama politik dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata wajar untuk partinya melakukan pertemuan dengan pemimpin parti tempatan kerana mereka juga pernah mempunyai hubungan yang baik sebelum ini.

"Saya rasa mereka tahu latar belakang saya sejak dari Umno, kemudian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Seperti yang kita tahu Bersatu Sabah dan kini GRS adalah dari orang yang sama. 

"Jadi wajar untuk kita bercakap dengan mereka semula dan terpulang kepada mereka, jika mereka menganggap kita mempunyai nilai tambah walaupun kecil, saya rasa itu mungkin sesuatu yang kita boleh sumbangkan," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pejuang Peringkat Sabah di sini pada Sabtu.

 

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here