Fri, 17 May 2024

HEADLINES :


Lelaki curi beg jemaah masjid ada 17 rekod jenayah
Published on: Thursday, May 02, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Lelaki curi beg jemaah masjid ada 17 rekod jenayah
Jasmin berkata, polis berjaya mengesan suspek dan memberkasnya di sebuah bilik bangunan kedai, kira-kira satu kilometer daripada lokasi kejadian selepas beberapa jam menerima laporan daripada mangsa.
TAWAU: Seorang suspek lelaki dengan 17 kes jenayah lampau yang disyaki mencuri beg silang milik seorang jemaah masjid yang sedang menunaikan solat subuh di sebuah masjid di Bandar Tawau, pada Isnin, ditahan polis kurang 24 jam.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek warga tempatan berusia 28 tahun itu ditangkap susulan laporan polis dibuat mangsa.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh apabila beg miliknya yang diletakkan di hadapannya, diambil seorang lelaki tidak dikenali.

Katanya, mangsa yang menyedari kejadian itu bertindak mengejar suspek, namun, berjaya melarikan diri.

“Mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis menyatakan begnya berisi barangan penting seperti pasport, kad bank, lesen memandu, kunci kereta, kunci motosikal, telefon bimbit dan wang tunai,” katanya.

Jasmin berkata, polis berjaya mengesan suspek dan memberkasnya di sebuah bilik bangunan kedai, kira-kira satu kilometer daripada lokasi kejadian selepas beberapa jam menerima laporan daripada mangsa.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek sendiri mendedahkan lokasi barang dicurinya, termasuk beg mangsa ditinggalkan di dalam longkang berhampiran tempat kejadian iaitu masjid.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek turut mendapati lelaki itu mempunyai 17 rekod jenayah lampau melibatkan 11 jenayah dan enam narkotik,” katanya.

Tambahnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here