Kota Kinabalu: Persatuan Karate Sabah (SKA) meneruskan usaha memajukan sukan itu dengan menghantar 48 anggota skuad untuk menyertai Festival & Terbuka Antarabangsa Piala Dasril Muchtar ke-2 yang akan berlangsung di Gedung Gymnasium UPI di Bandung, Indonesia dari 24-26 Mei.
Ini menyusuli satu lagi pasukan seramai 24 orang yang akan mengambil bahagian dalam Karnival Bakat Kebangsaan ke-2 di Melaka dari 23-26 Mei.
Setiausaha Agung SKA, Julian Chin berkata tujuan utama menghantar pasukan itu ke luar negara adalah untuk memberi pendedahan kepada atlet muda ini dan berharap pengalaman bertanding di negara luar dapat membantu mereka membangun.
Nama-nama atlet yang berumur lapan hingga 16 tahun itu ialah Muhd Zaheer Zainal, Asadel Dasuke Azizan, Jalisha Aliyah Liew, Iona Siew Lin Maria Fernandez King, Nur Ameera Aleesya Fazil, Nur Farisha Efendee, Lennon Klopp Whoyleon, Shezuka Whoyleon, Chrisly Shawn Christopher, Sarah Anis Staun, Shane Aris Staun, Cassandra Jane Cornelius, Abra Eiliyah Isabelle Mohd Asmawi, Danish Rayyan Rajis, Ivy Catrinaz Zurizal, Marymhel Leonarda Aleasya Rodriguez Cachola, Diane Dane Cahilap, Daniel Hansanon Dane Cahilap, Zac Adler Marius, Danial Henry Saimpon, Zanna Mae Marinus, Zoe Moniesha Marius, Sierra Dyanne Lorimer, Calantha CanieraCollin Gahis, Calvarez Aiden Joey Ryan Gundok, Jeffisten Jeffrin, Arianna Izz Zara Arfendy, Muhammad Uqael Uqasyah Isma Adam, Aidan Khalish Mohd Azreen, Muhammad Isyraf Mahathir Shah Mohd Fadli Shah, Jazlee Hariz Abdullah, Nur Farhabatrisya Ershan Jr, Hana Aludra Hidayatullah, Keysha Durrani Abd Rashid, Siti Hilmiyah Sameera Mohd Sukri, Qaish Mokhtar Albukhary Tsabbit Aqdamana, Ammar Nazmi Amri, Muhammad Zulmeerza Zaffran Zulfaizal, Uriel Ng Jaboh, Muhammad Iqram Shah Mohd Fadli Shah, Muhammad Noah Hidayatullah, Muhammad Kasyaf Akid Abd Rashid, Siti Halimah Saadah Mohd Sukri, Muhammad Irsyad Ammar Shah Mohd Fadli Shah, Nurfarhadylia Ershan Jr, Muhammad Irfan Shah Mohd Fadli Shah, Qaisha Medina Binti Tsabbit Aqdamana, Qaish Basyeer Alrajhi bin Tsabbit Aqdamana.