Fri, 7 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Jaga sensitiviti masyarakat untuk kekal keharmonian: Matbali
Published on: Monday, May 13, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:

Jaga sensitiviti masyarakat untuk kekal keharmonian: Matbali
MATBALI memukul gong sebagai simbolik perasmian Pesta Kaamatan Kampung Luagan.
BEAUFORT: Rakyat diseru supaya sentiasa menjaga sensitiviti masyarakat bagi memastikan keharmonian pelbagai agama dan kaum di Sabah terus kekal.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musbah berkata, toleransi itu penting kerana ia menjadi pegangan masyarakat Sabah sejak berzaman hingga dapat hidup harmoni sehingga hari ini.

“Walaupun hidup dalam masyarakat majmuk, namun ia tidak menjadi penghalang untuk kita terus kekal bersatu selain memupuk sikap toleransi antara satu sama lain.

“Hindari sebarang tindakan menyentuh sensitiviti kerana itu bukan budaya kita..Sabah unik kerana kita mampu hidup bersama sebagai satu keluarga tanpa masalah sejak dari dulu hingga sekarang,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Luagan, di sini pada Sabtu.

Matbali yang juga Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (Sabah) berkata, keunikan dimiliki Sabah dalam aspek keharmonian pelbagai kaum dan agama wajar dijadikan contoh.

Menurutnya, kelebihan itu dapat disaksikan menerusi setiap perayaan di negeri ini apabila semua lapisan masyarakat turut sama meraikannya dalam suasana harmoni.

Katanya, dalam aspek kekeluargaan, sebahagian besarnya sudah tentu mempunyai ramai ahli yang berlainan agama atau kaum namun masih mampu hidup bersama.

“Sebagai contoh, Pesta Kaamatan yang bukan saja diraikan masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut (KDM), tetapi juga kaum lainnya berikutan hubungan murni diamalkan sejak dari dulu lagi.

“Kita juga dapat duduk semeja walaupun berbeza anutan agama kerana sudah terbiasa dengan suasana sedemikian, justeru kelebihan ini menjadikan Sabah unik dan wajar dicontohi,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here