SANDAKAN: Lapan buah rumah di satu kampung air di di sini dilaporkan terbakar setakat jam 7.30 malam ini.
Kebakaran di Kampung Cenderamata Limbungan di Jalan Batu Sapi itu bermula sekitar jam 6 petang.
Operasi pemadaman oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan masih berlangsung semasa berita ini difailkan.