Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Petani mengaku rogol anak saudara
Published on: Friday, October 16, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Petani mengaku rogol anak saudara
Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Seorang petani berumur 42 tahun didakwa merogol anak saudaranya.

Lelaki itu dibawa ke hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat untuk menghadapi pertuduhan terhadapnya pada Khamis.

Lelaki berkenaan mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu. Bagaimanapun, penjatuhan hukuman ke atasnya ditangguhkan sehingga 13 November.

Dia dituduh merogol kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun dan 11 bulan itu pada tengah hari 30 September tahun ini di sebuah ladang kelapa sawit di Kota Marudu.

Kesalahan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan dengan rotan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu terus ditahan reman sehingga ke tarikh penghakiman.

Terdahulu, Timbalan Pendakwaraya Awam, Nur Faezah Jafry, meminta penghakiman ditangguhkan kerana beberapa dokumen belum tersedia.

Pendakwaan juga membantah ikat jamin ditawarkan kepada tertuduh.

Lelaki itu, yang tidak diwakili, memberitahu mahkamah bahawa tiada ahli keluarganya datang ke mahkamah.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here