Wed, 1 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Anak perempuan Ketua Polis Daerah dikebumikan
Published on: Thursday, April 18, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:

Anak perempuan Ketua Polis Daerah dikebumikan
Dzulbaharin menjirus air wangi ke atas kubur Nur Arisya.
LAHAD DATU: Jenazah Nur Arisya Zafrina, anak kepada Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail, dikebumikan di Kg Hj Khamis, Rabu.

Terdahulu, ACP Dzulbaharin bersama ahli keluarga lain berkumpul dan menunggu jenazah Nur Arisya di Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu.

Bedah siasat berakhir kira-kira jam 3.16 petang sebelum pihak keluarga menuntut jenazahnya dan membawanya ke Masjid At Taqwa Ibu Pejabat Polis Lahad Datu untuk disembahyangkan.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Shahurinian Jais.

Nur Arisya, anak bongsu daripada empat beradik, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di rumah mereka di Taman Tabanak pada Selasa.

Polis telah menolak perbuatan khianat. Dia baru berusia 14 tahun.

Shahurinain berkata, kes itu telah diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan polis telah merampas pistol semi-automatik Walther P99 yang dipercayai ada kaitan dengan kes itu.

Beliau berkata, tiada tangkapan dibuat dan siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu. Polis akan terus menyiasat perkara itu.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian remaja itu adalah disebabkan satu das tembakan di bahagian dada.

Terdapat kesan tembakan di dada kanan yang mengenai paru-paru dan menembusi ke belakang badan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, mangsa ditemui kakaknya yang baru pulang dari sekolah.

Bapa mangsa berada di Kinabatangan semasa kejadian untuk urusan pertukaran kerana ACP Dzulbaharin menyandang jawatan Ketua Polis Daerah Lahad Datu pada 1 April baru-baru ini.

Razarudin bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membuat sebarang spekulasi, termasuk mendakwa mangsa secara tidak sengaja menembak dirinya atau orang lain, sebelum siasatan selesai.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here