HEADLINES :




Hajiji mahu masalah air di Sepanggar diatasi segera
Published on: Tuesday, April 13, 2021
By: Bernama
Text Size:

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor (gambar) pada Isnin mahu masalah bekalan air yang dihadapi penduduk di kawasan Sepanggar di sini diselesaikan dengan kadar segera.

Sehubungan itu, Hajiji berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS)  menubuhkan pasukan petugas yang bertanggungjawab mencari penyelesaian jangka masa pendek dan panjang untuk masalah itu.

“Pasukan petugas ini akan melibatkan pengurusan (bekalan air) bagi Daerah Tuaran dan Kota Kinabalu… kerajaan negeri memandang serius perkara ini dan jalan penyelesaian perlu disegerakan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata masalah bekalan air di Sepanggar adalah isu kritikal buat penduduk, malah beliau sendiri telah menerima aduan masalah bekalan air itu daripada penduduk di kawasan berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan masalah bekalan air sejak yang dihadapi kira-kira 5,000 penduduk kawasan Sepanggar sejak beberapa bulan lepas.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular