Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki pukul isteri dipenjara, denda
Published on: Thursday, June 17, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Lelaki pukul isteri dipenjara, denda
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 33 tahun dipenjara 24 bulan dan didenda RM3,000 atau penjara enam bulan pada Rabu kerana memukul isterinya dua bulan lepas.

Penganggur, Mohd Khairul Fadzly Md Zaini mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie kerana menyebabkan kecederaan parah kepada isterinya yang berumur 41 tahun pada pukul 2 pagi 22 April di sebuah unit di Taman Desa Manis, Kasigui di Penampang.

Inspektor Albert Basiri, yang menjalankan pendakwaan, memberitahu mahkamah bahawa pengadu yang bertugas di Wad Kecemasan di Hospital Queen Elizabeth 1, merawat seorang wanita dan seorang lelaki, yang cedera parah.

Berdasarkan sesi temubual oleh pengadu, pesakit wanita itu mendakwa mereka telah dipukul dan ditendang oleh suaminya, Khairul, serta dua rakannya di tempat tersebut.

Bertindak atas risikan dan maklumat, polis menangkap Khairul di sebuah rumah di Taman Pertama, Mahandoi, Penampang pada 4 Jun, mahkamah diberitahu.

Siasatan mendedahkan bahawa Khairul sengaja menyebabkan kecederaan parah kepada isterinya dengan memukul dan menendangnya sehingga mengalami keretakan hidung dan lengan kanannya, kata pendakwaan.

Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence yang mewakili Khairul, meminta hukuman ringan atas sebab tertuduh kini menganggur, memiliki isteri dan seorang anak serta merupakan pesalah kali pertama.

Mahkamah memerintah Khairul menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkapnya pada 4 Jun.

Tuduhan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan itu, membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta denda, jika sabit kesalahan.

Dalam kes lain, seorang penjual sayur dipenjara enam bulan kerana mencuri dua penutup besi untuk parit.

Abdul Man Honya mengaku melakukan kesalahan itu bersama seorang subahat pada pukul 11.30 malam 9 Jun di Pasaraya Bataras di Putra Jaya, Manggatal.

Peguam dilantik Lim, yang mewakili Man, meminta hukuman ringan atas sebab tertuduh bekerja sendiri dengan menjual sayur dan merupakan penanggung tunggal keluarganya.

Man didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here