Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Hos majlis sambutan harijadi kes indeks kluster baharu di Tawau: Masidi
Published on: Monday, June 21, 2021
Text Size:

Hos majlis sambutan harijadi kes indeks kluster baharu di Tawau: Masidi
Kota Kinabalu: Hos satu majlis harijadi di Tawau merupakan kes indeks satu kluster Covid-19 baharu di daerah itu, kata jurucakap pandemik Sabah Datuk Masidi Manjun hari ini.

Kluster Serudung Baru, Tawau adalah kluster baharu di Mukim Balung, Daerah Tawau.

"Kluster ini berkait rapat dengan majlis hari jadi yang diadakan di rumah kes indeks dan dihadiri ahli keluarga pada 12 Jun 2021," kata Masidi (gambar) dalam siaran akhbar.

"Kes indeks merupakan warga emas, lelaki, 60, disahkan positif COVID-19 pada 16 Jun 2021 di Klinik Kesihatan Apas Balung, setelah bergejala sejak 13 Jun 2021.

"Susulan kes itu, saringan kontak pada 20 Jun 2021 mendapati sembilan (9) individu dalam kalangan jemputan majlis terbabit dikesan positif."

Setakat hari ini, sembilan (9) lagi kes positif direkodkan menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster ini sebanyak 19 kes. Aktiviti pegesanan kontak rapat sedang giat dijalankan dan punca jangkitan masih dalam siasatan.

Masidi berkata satu lagi kluster baharu, Kluster Samedra di Kota Kinabalu melibatkan penularan jangkitan dalam kalangan kakitangan pelantar minyak iaitu di Platform FPSO KIKEH.

"Kes indeks merupakan penyelia lelaki, 35, yang mula bergejala sejak 12 Jun 2021 sebelum disahkan positif COVID-19 hasil saringan pekerjaan pada tarikh sama di klinik swasta," kata beliau.

"Turut dikesan positif ialah 24 kontak dalam kalangan rakan sekerja kes indeks, menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 25 kes. Aktiviti saringan dan kawalan masih giat dijalankan."

Sebanyak 166 kes baharu ditemui di Sabah.

* Ikut kami di Instagram dan langgan saluran Telegram dan/atau WhatsApp untuk berita terkini

* Anda mempunyai akses e-akhbar Daily Express dan berita eksklusif atas talian? Lihat pelan langganan yang ada





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here