Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Mayat lelaki dengan kesan luka ditemui di Bohey Dulang
Published on: Sunday, September 12, 2021
By: Bernama
Text Size:

Mayat lelaki dengan kesan luka ditemui di Bohey Dulang
SEMPORNA: Mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap dijumpai dengan kesan luka di leher serta kepala di pesisir pantai Pulau Bohey Dulang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata lelaki dikenali sebagai Tendang Sampulatik, 40, itu ditemukan orang awam yang kemudian menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Semporna pada 4.42 petang.

"Mayat mangsa di bawa ke Hospital Semporna dan dikenal pasti oleh isterinya yang sebelum itu membuat laporan pada 11.15 pagi semalam mengenai mangsa dibawa lari oleh tiga lelaki menuju ke Pulau Boheyan.

Berdasarkan aduan, mangsa dibawa lari pada Khamis lalu (9 Sept) dalam 7 malam ketika sedang memancing di atas perahu bersama anak, isteri serta ibu mentua (di perairan Pulau Bum Bum di sini)," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian perahu mereka dilanggar sebuah bot dinaiki tiga suspek dan salah seorang suspek memukul mangsa sehingga terjatuh ke laut sebelum melarikan suspek ke Pulau Boheyan.

Mohd Farhan berkata siasatan masih dijalankan berhubung penemuan mayat dan aduan yang diterima dan kes terbabit disyaki berpunca daripada dendam.

Katanya isteri mangsa yang tinggal di Kampung Labuan Haji, Pulau Bum Bum mengenali semua suspek dan berikutan itu polis giat mengesan dua suspek masing-masing berusia 40 tahun seorang suspek berusia 50 tahun yang tinggal di Pulau Boheyan.

Beliau berkata kesemua suspek dipercayai melarikan ke sempadan Filipina dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian serta suspek agar menghubungi pegawai penyiasat ASP Arif Abd Razak di talian 088-454464.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here