Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Penjawat awam didakwa cabul remaja
Published on: Saturday, January 15, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Penjawat awam didakwa cabul remaja
Kota Kinabalu: Seorang penjawat awam berumur 34 tahun didakwa melakukan gangguan seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki.

Sharif Hardi Roman Sh. Miasin mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, kepada tuduhan terhadapnya pada Jumaat melalui Zoom.

Sharif dituduh melakukan kesalahan itu dengan melakukan seks oral terhadap remaja berumur 15 tahun itu pada pukul 4.40 petang 4 Januari tahun ini di tandas VVIP di bangunan Jabatan Pendaftaran Negara, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 17 Februari tahun ini untuk pengurusan kes dan melepaskan Sharif dengan ikat jamin RM10,000 dan dua penjamin tempatan yang mempunyai alamat tetap serta pekerjaan tetap.

Sharif juga diberi amaran supaya tidak mengganggu saksi pendakwaan dan diminta melapor diri ke balai polis terdekat dua kali sebulan, selain pasportnya, jika ada, disimpan oleh mahkamah sehingga pelupusan kesnya.

Jika gagal membayar ikat jamin, Sharif akan ditahan reman. Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan hadir untuk pendakwaan sementara Sharif tidak diwakili.

Sementara itu, dalam kes lain, dua lelaki masing-masing dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Alvin Abu Bakar dan Yulius Belili, mengaku bersalah memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen pengenalan.

Kedua-dua pendatang tanpa izin itu masing-masing ditangkap di Beaufort dan Bandaraya pada 24 November 2021 dan 1 Januari tahun ini selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan mereka kepada polis.

Selepas menjalani hukuman penjara mereka, mahkamah memerintahkan dua warga asing itu dirujuk ke Jabatan Imigresen.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here