Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Saya akan siasat: Hajiji
Published on: Wednesday, January 19, 2022
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

Saya akan siasat: Hajiji
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata beliau akan menyiasat dakwaan bahawa Pengerusi MIC Sabah, yang dilantik menganggotai syarikat berkaitan Kerajaan Sabah, Sawit Kinabalu, mendapat kewarganegaraan Malaysia melalui kaedah meragukan.

“Saya tiada maklumat lanjut mengenai dakwaan itu,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri dan tiga syarikat – Borneomed Sdn Bhd, SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd, dan Yayasan Sabah bersama Pavilion Kota Kinabalu Sdn Bhd di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, Selasa.

Menurut Hajiji, beliau hanya mengetahui mengenai dakwaan itu melalui media sosial dan beliau akan menyiasat perkara itu.

“Kami akan menyiasat dakwaan ini dan nama yang disebut adalah yang kami lantik sebagai ahli lembaga pengarah Sawit Kinabalu yang merupakan Pengerusi MIC Sabah dan parti komponen Barisan Nasional (BN),” katanya.

Hujung minggu lalu, kumpulan aktivis di Sabah mempersoalkan identiti ketua MIC Sabah Peer Mohamad Kadir, yang didakwa mempunyai nama yang sama dengan individu dari India yang memasuki negeri ini pada 1984 dan menjadi saksi dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah pada 2013.

Individu itu, yang merupakan saksi ke-116 dalam RCI tersebut, mengaku mendapatkan kad pengenalan Malaysia melalui cara yang meragukan, didakwa dengan bantuan seorang bapa saudara, selepas datang ke Sabah pada 1984 dari Chennai, India.

Kumpulan itu menggesa kerajaan negeri memberi penjelasan kerana lelaki dengan nama itu juga antara yang mendakwa dia mendapat kad pengenalan Malaysia melalui cara yang tidak sah.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here