Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Jual produk tanpa lesen: Warga Pakistan didenda RM3,800
Published on: Saturday, June 25, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Jual produk tanpa lesen: Warga Pakistan didenda RM3,800
Kota Kinabalu: Seorang warga Pakistan berusia 33 tahun didenda sejumlah RM3,800 kerana menjual produk mengandungi racun tanpa lesen, produk tidak berdaftar dan kosmetik tanpa label.

Najeem Khan mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, kepada tiga pertuduhan terhadapnya, pada Jumaat.

Bagi pertuduhan pertama, Najeem didenda RM800 atau penjara 30 hari kerana menjual lima produk mengandungi racun yang dia tidak punyai lesen untuk menjualnya, pada pukul 11.30 pagi 23 Okt 2019 di premis Never Close Mini Store di Jalan Tugu, Kampung Air, di sini.

Tuduhan menyatakan, antara racun yang dikesan dalam produk itu ialah Tadalafil dan Lignocaine, yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952.

Kesalahan mengikut Seksyen 13(a) Akta Racun itu boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) Akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000, atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Najeem diperintah untuk membayar denda RM1,500 atau penjara 30 hari kerana mempunyai 10 produk tidak berdaftar di tempat dan masa yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didenda RM1,500 atau penjara 30 hari lagi kerana menjual satu bahan kosmetik tanpa label di tempat dan masa yang sama.

Semasa rayuan, Najeem yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan dengan mengatakan bahawa dia perlu menanggung enam anak.

Pegawai Pendakwa Liaw Zhan Yit dari Jabatan Farmasi menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana Najeem melakukan kesalahan yang boleh membahayakan kesihatan orang ramai akibat perbuatannya itu.

Dalam kes lain, seorang wanita berusia 25 tahun didenda RM1,800 atau penjara 10 hari kerana menjual produk mengandungi racun tanpa lesen.

Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khaltom Abdul Samad menjatuhkan hukuman itu terhadap Aida Ruding yang mengaku bersalah menjual Candy B+ Complex yang mengandungi Tadalafil, pada jam 11.30 pagi 23 Okt 2019,juga di Kampung Air, di sini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here