Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


'Dana RM1 bilion Sabah, Sarawak mampu tangani jenayah di sempadan'
Published on: Tuesday, January 24, 2023
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:

'Dana RM1 bilion Sabah, Sarawak mampu tangani jenayah di sempadan'
ADUN Kunak Norazlinah Arif penambahbaikan infrastruktur akan mengurangkan risiko penyeludupan dan pemerdagangan manusia. (Gambar Bernama)
KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak, Norazlinah Arif menyambut baik usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meluluskan peruntukan RM1 billion bagi menaiktaraf prasarana sempadan Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, selain pemberian khas RM300 juta kepada Sarawak, usaha itu bukti kesungguhan Kerajaan Perpaduan memastikan semua rakyat dapat akses setara baik dari segi dana kerajaan mahu pun pertumbuhan insfrastruktur serta ekonomi dan sosial.

Pada masa sama katanya, usaha untuk mewartakan Sabah dan Sarawak sebagai Wilayah juga menguatkan lagi persepsi dan sokongan rakyat di kedua-dua negeri terhadap ideologi pentadbiran Malaysia Madani.

"Peruntukan RM1 billion ini merupakan langkah awal yang tepat dan dijangka dapat memberi implikasi positif kepada perkembangan ekonomi serta sosial masyarakat Sabah dan Sarawak dalam masa yang singkat.

“Pada masa sama, usaha itu dapat memperkukuhkan lagi keselamatan rakyat kita di kawasan-kawasan sepanjang sempadan Malaysia dan Kalimantan yang bakal menjadi ibu kota baharu Indonesia," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Norazlinah yang juga Ketua Wanita Warisan berkata, bagaimanapun, selaku wakil rakyat, pihaknya merasakan bahawa perkara infrastruktur sempadan itu merupakan isu utama yang digusari masyarakat Sabah dan Sarawak. 

Katanya, pembangunan pusat pentadbiran baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan membabitkan kos RM135 billion (466 trilion rupiah) itu, selain merancakkan ekonomi di pinggir sempadan Sabah dan Sarawak, ia turut diancam pelbagai risiko ekonomi serta sosial.

"Penyeludupan haram, pemerdagagan manusia, serta pelbagai lagi ancaman yang turut hadir dengan pembangunan ekonomi yang pesat adalah amat dikhuatiri memberi kesan negatif terhadap masyarakat setempat.

"Justeru, infrastruktur persempadanan yang efisien dan berkesan hasil daripada peruntukan naiktaraf RM1 billion ini dapat menyumbang untuk mengawal risiko berkenaan," katanya.

Norazlinah berkata, di samping itu, isu pencerobohan asing di pesisiran pantai Sabah dan Sarawak di sekitar Laut China Selatan yang tiada hentinya juga harus diberikan tumpuan oleh kerajaan persekutuan.

Katanya, siri pencerobohan angkatan keselamatan dan maritim China yang berlaku sejak sekian lama dan semakin kerapa ketika ini telah menjejaskan ekonomi dan sosial masyarakat Sabah dan Sarawak.

"Lebih 89 kali kapal perang China dilaporkan memasuki kawasan perairan Sabah dan Sarawak sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan hampir tiada kawalan serta tindakan proaktif dari Kementerian Pertahanan atau pun Kementerian Luar Negeri.

“Ini memberikan kesan negatif kepada industri minyak mentah dan gas, industri perikanan serta industri pelancongan di Sabah dan Sarawak.

“Bukan sekali dua kapal Pengawal Pantai China bertindak mencerobohi kawasan Zon Eksklusif Ekonomi (EEZ) di Sabah, mengancam operasi carigali minyak dan gas oleh Petronas di kawasan itu," tegasnya.

Tegas Norazlinah, siri pencerobohan China itu dapat dilihat daripada banyak laporan media dalam dan luar negara termasuk laporan daripada Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau berharap Kerajaan Perpaduan terus komited untuk berkhidmat demi rakyat khususnya bagi mempertahankan kedaulatan negara serta keselamatan pesisir pantai Sabah dan Sarawak dari sebarang ancaman asing.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here