Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Warga asing didakwa lakukan seks luar tabii
Published on: Tuesday, March 28, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Warga asing didakwa lakukan seks luar tabii
Bagi pertuduhan pertama, Mohd Raffie didakwa memasukkan kemaluannya ke dalam dubur kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dan 11 bulan itu antara 7 malam dan 8 malam 4 Feb tahun ini di tangga di sebuah pangsapuri di Putatan.
Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina berusia 20 tahun yang didakwa melakukan seks luar tabii terhadap seorang kanak-kanak lelaki dan memasuki negeri ini secara haram, akan dibicarakan pada 4 – 5 Dis tahun ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menetapkan tarikh itu bagi Mohd Raffie Salim yang mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya kepada dua pertuduhan terhadapnya pada Isnin.

Pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa semua dokumen telah diserahkan kepada Mohd Raffie dan dua kes itu dibicarakan bersama.

Mahkamah memerintahkan Mohd Raffie mendapatkan peguam untuk mewakilinya semasa perbicaraan.

Ketika ditanya oleh mahkamah sama ada dia mempunyai apa-apa untuk dikatakan, Mohd Raffie menjawab dia mahu berjumpa keluarganya.

Mahkamah berkata dia boleh berurusan dengan polis berhubung perkara itu.

Mahkamah juga menetapkan satu lagi pengurusan kes praperbicaraan pada 15 Mei tahun ini.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Raffie didakwa memasukkan kemaluannya ke dalam dubur kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dan 11 bulan itu antara 7 malam dan 8 malam 4 Feb tahun ini di tangga di sebuah pangsapuri di Putatan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen pengenalan diri di tempat dan masa yang sama.

Sementara menunggu tarikh itu, mahkamah memerintahkan Mohd Raffie direman lanjut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Sze Chuen manakala Mohd Raffie tidak diwakili peguam.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here