Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Bersatu-PAS-Gerakan ‘akan sentiasa bersama’, Hamzah jawab isu tawaran sertai kerajaan
Published on: Wednesday, May 31, 2023
By: FMT, Faiz Zainudin
Text Size:

Bersatu-PAS-Gerakan ‘akan sentiasa bersama’, Hamzah jawab isu tawaran sertai kerajaan
Setiausaha agung PN itu mendedahkan bahawa PAS ada memaklumkan kepada pucuk pimpinan gabungan itu bahawa ia ditawarkan untuk menyertai kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Tiga parti teras Perikatan Nasional iaitu Bersatu, PAS, dan Gerakan akan sentiasa bersama meskipun ditawar menyertai kerajaan perpaduan, tegas Hamzah Zainudin.

Setiausaha agung PN itu mendedahkan bahawa PAS ada memaklumkan kepada pucuk pimpinan gabungan itu bahawa ia ditawarkan untuk menyertai kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.

“Pimpinan PN senyum sahaja sebab keputusan yang kita buat adalah mempertahankan ideologi dan apa yang selama ini kita bawa,” katanya kepada pemberita, selepas majlis pertandingan silat di sebuah universiti petang tadi.

Beliau berkata PAS menegaskan bahawa ia komited untuk kekal bersama PN.

“Kita dalam PN akan sentiasa bersama,” katanya, dan menambah ketiga-tiga parti sepakat mempertahankan fahaman yang diperjuangkan selama ini.

Presiden PAS, Hadi Awang, pada Sabtu mendakwa beliau dihubungi ‘orang tertentu’ beberapa kali yang menawarkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan. Beliau mempersoalkan tawaran itu dan berkata sepatutnya ia memberi “kelebihan kepada PAS” kerana mempunyai kerusi yang lebih berbanding parti lain.

Dakwaan Hadi bagaimanapun membingungkan pelbagai pihak, seperti Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dan Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi yang menafikan perkara itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here