Fri, 25 Apr 2025
Headlines:
Kerajaan terus sokong industri filem: Phoong
Published on: Sunday, April 14, 2024
Published on: Sun, Apr 14, 2024
Text Size:
Text:
Kerajaan terus sokong industri filem: Phoong
UJIBAKAT Jutawan 8 Ringgit di Hotel Lintas Platinum.
KERAJAAN Negeri akan terus menyokong pembangunan industri filem dan televisyen, kata Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe.

Beliau berkata filem bukan sahaja bahagian penting dalam industri budaya tetapi juga pemacu kepada penyebaran budaya tempatan, pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan.

Advertisement
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan pengarah tempatan Carter Chua (Katak) dan penerbit filem Lydia Goh yang memfokuskan perbincangan mendalam mengenai prospek industri perfileman.

Pertemuan itu bukan sahaja meliputi kemajuan dan tayangan filem terbaru Carter, Jutawan 8 Ringgit, tetapi juga status pembangunan keseluruhan dan perancangan masa depan industri filem dan televisyen di Negeri ini.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Jutawan 8 Ringgit ialah sebuah filem komedi fantasi yang dinanti-nantikan, mengisahkan Lee Zhan Ming, seorang pemuda yang dibesarkan dalam kemiskinan, bermimpi untuk menjadi seorang pelukis yang hebat.

Bagaimanapun, nasibnya berubah secara dramatik selepas bertemu pengemis misteri dan dompet ajaib, membawa kepada kehidupan mewah tetapi turut disertai dengan ujian dan cabaran.

Advertisement
Carter menulis jalan cerita ini semasa tempoh berkurung selepas kehilangan orang tersayang, dengan harapan dapat menyampaikan mesej positif tentang ketabahan dan menghargai orang tersayang melalui karyanya.

“Pertemuan dengan Menteri ini adalah peluang yang sangat penting untuk kita mempamerkan potensi dan hala tuju industri perfileman Sabah.

Advertisement
“Sabah mempunyai sumber budaya yang kaya dan landskap semula jadi mengagumkan, memberikan inspirasi dan kemungkinan tanpa had untuk pembikinan filem.

“Matlamat kami bukan sahaja untuk mencipta lebih banyak filem hebat dengan ciri tempatan, menyebarkan cerita Sabah ke seluruh dunia, tetapi juga untuk membina ekosistem yang kondusif kepada pembangunan ekonomi melalui industri ini.

“Kami berterima kasih atas sokongan dan dorongan Menteri dan akan terus bekerja keras untuk membawa lebih banyak pengalaman filem yang menarik kepada penonton,” katanya.

Lydia berkata pertemuan itu memberi mereka peluang berharga untuk terlibat dalam komunikasi mendalam dengan pegawai peringkat tinggi Kerajaan.

“Kami bukan sahaja mendapat perhatian dan sokongan Menteri malah turut merasai penekanan Kerajaan terhadap pembangunan industri perfileman.

“Kami akan menyuntik lebih semangat lagi dalam pembikinan filem dan menyumbang kepada masa depan yang lebih cerah untuk industri perfileman Sabah,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here