Tue, 30 Apr 2024

HEADLINES :


Masjid Ar-Rahman Ranau dibuka untuk solat sunat Aidilfitri
Published on: Tuesday, April 09, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:

Masjid Ar-Rahman Ranau dibuka untuk solat sunat Aidilfitri
BAHAGIAN dalam bangunan Masjid Ar-Rahman Pekan Ranau.
RANAU: Masjid Ar-Rahman Pekan Ranau yang kini hampir siap akan dibuka dan boleh digunakan buat sementara waktu untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pada 1 Syawal ini.

Pembukaan sementara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun.

Katanya, dewan utama Masjid yang boleh memuatkan sehingga 3,000 jemaah pada satu-satu masa, tersedia untuk kegunaan solat sunat Aidilfitri sahaja, dan akan ditutup selepas itu bagi membolehkan kerja-kerja penyiapan diteruskan.

“Kerja-kerja akhir dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh sebulan.

“Projek pembinaan masjid ini sepatutnya siap tahun lalu tetapi tertangguh berikutan kegagalan kontraktor memenuhi tarikh akhir,” katanya selepas melawat masjid itu pada Sabtu.

Masjid Ar-Rahman dirobohkan selepas mengalami keretakan dan runtuh akibat gempa bumi yang berlaku pada 2015.

Projek pembinaan semula masjid itu yang bermula pada penghujung 2017 sepatutnya siap pada 2019, tetapi tertangguh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas negara dilanda Covid-19, selain kegagalan kontraktor untuk meneruskan kerja selepas itu.

Reka bentuk masjid pertama di Sabah itu dibina berasaskan teknologi hijau dan mampu mengurangkan risiko gegaran gempa bumi dan menelan belanja RM11.15 juta ketika itu menggunakan peruntukan kerajaan pusat

Masjid itu juga akan dilengkapi dengan penjanaan elektrik menggunakan tenaga solar dan juga akan mempunyai ruang pejabat, bilik mesyuarat, galeri, tempat wuduk, tandas awam, bilik pengurusan jenazah, rekreasi awam dan tempat rehat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here