Thu, 16 May 2024

HEADLINES :


Siasatan lengkap, suspek ancaman bom di KLIA didakwa hari ini
Published on: Monday, April 29, 2024
By: FMT
Text Size:

Siasatan lengkap, suspek ancaman bom di KLIA didakwa hari ini
Khamis lepas, Pusat Kargo KLIA gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat berunsur ancaman bom yang dialamatkan kepada seseorang di Limbang, Sarawak. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA: Polis telah melengkapkan siasatan berhubung kejadian ancaman bom di Pusat Kargo KLIA pada Khamis lepas, membabitkan seorang suspek.

Ketua Polis KLIA Azman Shari’at berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan suspek berkenaan akan dituduh di Mahkamah Sepang hari ini.

Azman berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditahan pada hari kejadian selepas memberikan keterangan di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah IPD KLIA, lapor Buletin TV3.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek itu, seorang penjaga stor yang bekerja dengan sebuah syarikat di Seri Kembangan, mengaku menulis nota berunsur ugutan pada balutan plastik sebuah bungkusan bertujuan bergurau dengan rakan sekerjanya.

Namun sebelum tulisan itu sempat dipadam, bungkusan berkenaan telah diambil oleh agen kurier.

Khamis lepas, Pusat Kargo KLIA gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat “Awas, jangan campak nanti meletup, ini bom”, yang dialamatkan kepada seseorang di Limbang, Sarawak.

Apabila diimbas, bungkusan itu itu dipercayai mengandungi bateri dan beberapa wayar.

Bagaimanapun, susulan tindakan menyelamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) oleh Unit Pemusnah Bom, bungkusan itu didapati sebenarnya mengandungi sebuah komputer riba dan kabel pengecas telefon.

Azman ketika itu berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here