Wed, 29 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini: JPN
Published on: Tuesday, May 07, 2024
By: Bernama
Text Size:

Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini: JPN
Gambar sekadar ilustrasi
ALOR GAJAH: Isu cetakan kad pengenalan diri kanak-kanak bercip (MyKid) yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik Covid-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Badrul Hisham Alias berkata ia sekali gus menyelesaikan 136,238 permohonan MyKid yang tertunggak dengan 135,459 permohonan bagi tahun 2023 dan 779 permohonan bagi 2024 setakat Mac lalu.

"Buat masa ini kita masih lagi menunggu bekalan kad MyKid yang mana kita telah memberi surat setuju terima dari pembekal pada April lalu dan sesi pengujian telah dilakukan.

"Untuk itu kita harap ibu bapa bersabar dan apabila sampai masanya, permohonan yang telah dibuat akan dicetak dan ibu bapa boleh mengambilnya selepas diberitahu kelak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penamaan semula pejabat JPN Cawangan Bandar Alor Gajah kepada JPN  Daerah Alor Gajah di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Pendaftaran Negeri Melaka Norazle Sulaiman.

Tambah beliau pihaknya sedang melakukan yang terbaik namun ia masih tertakluk kepada berapa cepat kad tersebut dapat dibekalkan kepada JPN memandangkan tunggakan memproses kad tersebut turut melibatkan permohonan baharu yang diterima setiap hari.

Pada Disember lepas, media melaporkan JPN sedang mencetak 160,000 MyKid yang tertunggak sejak Oktober 2023 dan akan diserahkan secara berperingkat sebaik sahaja proses cetakan selesai dan memberi jaminan isu MyKid  tidak akan berulang pada tahun ini memandangkan JPN sedang melaksanakan proses perolehan bekalan sebanyak tiga juta MyKid bagi menampung keperluan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here