Video yang tular dengan paparan tajuk “DBKK Dapat Anugerah Rasuah?” telah dimuat naik dan dimanipulasi dengan dakwaan yang sama sekali tidak benar, kata DBKK.
Kota Kinabalu: Tular satu rakaman video di media sosial baru-baru ini yang menunjukkan kawasan di sekitar Pantai Tanjung Aru 1 dicemari sampah sarap adalah merupakan kawasan milik persendirian dan bukan di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), kata pihak berkuasa tempatan itu.
Video yang tular dengan paparan tajuk “DBKK Dapat Anugerah Rasuah?” telah dimuat naik dan dimanipulasi dengan dakwaan yang sama sekali tidak benar berhubung syarikat lantikan DBKK yang diberi tanggungjawab menjalankan kerja- kerja pembersihan pantai di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu, katanya dalam kenyataan media.
Advertisement
"Tindakan pembersihan dan menjaga keteraturan kawasan Pantai Tanjung Aru 1 adalah terletak di bawah tanggungjawab DBKK. Manakala Tanjung Aru Eco Development (TAED) Sdn. Bhd. adalah bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan keteraturan persekitaran di Pantai Tanjung Aru 2 dan Pantai Tanjung Aru 3."
Stay up-to-date by following Daily Express's Telegram channel.
Daily Express Malaysia