Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Wanita Umno Sabah semakin kukuh: Jainab
Published on: Thursday, January 31, 2019
Text Size:

Wanita Umno Sabah semakin kukuh: Jainab
KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita Umno Sabah kini didasari oleh akar umbi yang semakin kukuh, kata Ketuanya Datuk Jainab Haji Ahmad Ayid.

Katanya, selepas peristiwa 12 Disember 2018 yang menyaksikan ramai pemimpin Umno meninggal parti itu, Wanita Umno Sabah kini berada di landasan yang kukuh.

“Pemimpin silih berganti dan tindakan keluar parti oleh bekas pemimpin Umno Sabah yang telah berhijrah, kita hormati keputusan mereka dan selamat maju jaya. Bagi kami yang tinggal, seperti yang selalu dilaungkan, kami akan terus berjuang dahulu, kini dan selamanya. 

“Pemimpin datang dan pergi, yang pergi biarkan pergi. Kami yang tinggal akan meneruskan perjuangan untuk terus membina semangat untuk bangkit bersama-sama.

“Kita amat bersyukur dan istiqamah, kerana ahli-ahli Umno Sabah di akar umbi khususnya pergerakan wanita masih tetap setia dengan perjuangan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis angkat sumpah jawatan Pergerakan Wanita Umno Negeri Sabah di bilik mesyuarat bangunan Umno Sabah di sini, pada Rabu.

Jainab yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Sepanggar berkata, Umno Sabah masih mempunyai ramai ahli yang masih setia.

Katanya, setelah pembersihan parti berikutan bekas pemimpin Umno Sabah meninggalkan parti, Umno kini telah memasuki fasa ujian ketahanan mental dan semangat setia seorang pejuang.

Beliau berkata, Wanita Umno juga yakin dengan kepimpinan Pengerusi Umno Sabah yang baharu, Datuk Seri Bung Moktar Radin dapat meneruskan kelangsungan perjuangan Umno di Sabah.

“Umno Pusat telah memberi kuasa autonomi kepada Umno Sabah untuk menentukan halatuju perjuangan termasuk soal membela nasib Bumiputera di negeri ini.

“Kepada ahli-ahli Wanita Umno, marilah istiqamah. Umno masih kekal ada. Saat inilah kita diuji sama ada kita benar-benar ibu terbaik kepada bangsa. Kerana seorang ibu yang mulia dan cekal menghadapi cabaran tidak akan meninggalkan keluarganya saat dilanda  musibah,” katanya.

Jainab berkata, Wanita Umno Sabah akan turut membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Mac 2019 sekiranya diperlukan.

“Kami akan bawa semangat Cameron Highlands ke Semenyih, untuk kami sebarkan kasih sayang, keikhlasan parti untuk rakyat kawasan itu. Kita percaya rakyat mulai sedar propaganda Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Jainab turut mengumumkan kepimpinan baharu Pergerakan Wanita Umno Sabah.

Selain beliau, Naib Ketua Wanita Negeri, Juriah Palasin (Putatan), Penolong Setiausaha dan n Hajah Aminah Johan (Kinabatangan). Beberapa rombakan telah dibuat.

Antara muka lama yang dilantik ke jawatan Ketua Penerangan Wanita Umno Negeri ialah Hajah Musliati Muslimin (Kota Kinabalu) dan Hajah Chaya Haji Sulaiman (Kalabakan) sebagai Bendahari Wanita Umno Negeri.

Seramai 12 muka baru kini memangku jawatan Ketua Wanita Bahagian terdiri daripada; Salmi Salim (Kota Marudu), Laisan Sain (Kota Belud), Lerie Duasa (Tuaran), Helini Asmat (Kimanis), Hajah Amuilin Junsin (Sipitang), Mastura Dol Suhaili (Ranau), Salbiah Suhaiden (Keningau), Sarimah Eting (Beluran), Suhana A. Tahir (Batu Sapi), Salbiah Haron (Sandakan), Siti Royani Rafaie (Silam) dan Murni Mohd.Tahir (Tawau).

Sementara itu, Jainab turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Bung Moktar kerana melantiknya sebagai Pengerusi Biro Kebajikan dan Keselamatan.

“Kita bertekad untuk menjaga kebajikan dan keselamatan golongan yang memerlukan pembelaan dengan memberi fokus kepada kebaikan, empati dan kesejahteraan.

“Kita akan bekerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan sukarelawan bagi mencapai matlamat itu,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here