Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Lebih RM600j bina kemudahan infrastruktur di Tongod
Published on: Wednesday, March 20, 2019
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Lebih RM600j bina kemudahan infrastruktur di Tongod
TONGOD: Lebih RM600 juta peruntukan telah diluluskan oleh kerajaan negeri dan persekutuan untuk melaksanakan pelbagai kemudahan infrastruktur di kawasan Kuamut.

Adun Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata antara projek yang diluluskan di peringkat persekutuan adalah pembinaan jalan daripada Linayukan, Tongod ke Sinaron, Keningau melibatkan kos RM320 juta, pembinaan jambatan di Sungai Milian menuju ke Kampung Penangah ke Kampung Inarad dengan kos RM28 juta selain RM95 juta untuk projek menaik taraf jalan daripada Pekan Tongod ke Penangah.

Bercakap kepada media selepas lawatan berintegrasi dengan pelbagai agensi kerajaan ke Penangah dan Mukim Kuamut baru-baru ini, Masiung berkata pelaksanaan bagi pembangunan seperti yang dicadangkan di ‘Buku Suara Kuamut’.

“Selepas projek jambatan itu selesai, ia akan memberi manfaat kepada Kampung Inarad dan Kampung Langga dengan membawa mereka lebih dekat dengan daerah pusat pentadbiran Tongod.

 “Seperti yang kita tahu, terdapat sebuah sekolah di Inarad, dengan jambatan yang itu, penduduk menjimatkan masa selama 2 jam untuk ke Inarad,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata projek lain yang akan dilaksanakan adalah membina bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Penangah, asrama bagi SMK Entilibon dan mewujudkan SMK Menanam.

Selain itu, Masiung berkata jalan Datuk Haji Malik Chua dan Kampung Buang Sayang juga akan dinaik taraf.

Bagi kelulusan peringkat negeri, antara pembangunan yang akan dilaksanakan ialah Kompleks Sukan Tongod bernilai RM7 Juta dan Arena Belia Tongod, RM2.2 juta.

Untuk memastikan pembangunan dilaksanakan dengan lancar, jawatankuasa teknikal akan ditubuhkan untuk memastikan semua projek mengikut jadual.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here