Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Malaysia capai kejayaan melalui inisiatif Heart of Borneo
Published on: Saturday, March 23, 2019
By: Bernama
Text Size:

Malaysia capai kejayaan melalui inisiatif Heart of Borneo
Kota Kinabalu: Malaysia mencapai pelbagai kejayaan dalam tempoh pelaksanaan 12 tahun program ‘Heart of Borneo (HoB)’ sejak inisiatif itu ditandatangani dengan Brunei dan Indonesia pada 2007.

Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Datuk Zurinah Pawanteh berkata dalam tempoh tersebut juga menyaksikan peningkatan kawasan tanah yang ditetapkan sebagai kawasan HoB.

Beliau berkata ia termasuk kawasan yang dilindungi, rizab hutan kekal serta kawasan hutan simpan kekal dalam bahagian sempadan HoB.

 “Kita juga mempunyai hubungan rapat dengan agensi-agensi yang sama di Brunei dan Indonesia untuk melindungi hutan kita serta meningkatkan keupayaan kita dalam pengurusan landskap rentas sempadan.

“Beberapa usahasama juga dimulakan melalui inisiatif HoB seperti ‘HoB Corridor Project’, pengurusan kawasan perlindungan rentas sempadan, projek pemuliharaan rentas sempadan mengenai badak Sumatera dan baru-baru ini Kempen Melawat HoB untuk mempromosi eko pelancongan di kawasan HoB,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan kementerian berkenaan, Datuk Wan Mazlan Wan Mahmood pada majlis penutupan persidangan “International HoB-Transcending Boundaries for A New Era”, di sini pada Jumaat.

Persidangan dua hari itu dihadiri 700 peserta daripada pelbagai latar belakang, mewakili agensi tempatan dan antarabangsa berakhir pada Jumaat.

Tiga ucaptama dan 46 kertas kerja yang dibentangkan penceramah dari Malaysia dan luar negara menyumbang kepada perbincangan mengenai usaha pemuliharaan di Sabah.

Zurinah berkata kawasan HoB mempunyai kawasan hutan dara yang sebahagian besarnya masih belum diterokai dan menjadi habitat kepada spesis endemik hutan itu.

Beliau, bagaimanapun berkata menguruskan landskap pelbagai guna secara berkesan berdasarkan perancangan dan pelaksanaan penggunaan tanah yang lestari serta keseimbangan dalam ekosistem, sosiobudaya, ekonomi dan politik adalah tugas yang mencabar.

“Saya yakin dengan kerjasama yang erat dan usaha bersepadu antara semua pihak, kita boleh mencapai matlamat yang ditetapkan untuk inisiatif HoB di Malaysia,” katanya. – Bernama

Sumber gambar: www.forest.sabah.gov.my





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here