Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Penganut Kristian berkumpul di gereja sempena Jumaat Agung
Published on: Saturday, April 20, 2019
By: Alex Ong
Text Size:

Penganut Kristian berkumpul di gereja sempena Jumaat Agung
Kota Kinabalu: Umat Kristian berkumpul di gereja-gereja untuk menyertai misa Khamis Suci dan Jumaat Agung.

Khamis Suci adalah hari suci bagi penganut agama Kristian yang jatuh pada malam menjelang Jumaat Agung bagi memperingati Perjamuan Terakhir Jesus Kristus bersama Rasul-Rasulnya di Jerusalem sebelum dia disalibkan.

Jesus dihukum bunuh di atas salib pada Jumaat Agung dan dibangkitkan pada hari Ahad Paska.

Misa Khamis Suci menyaksikan upacara membasuh kaki yang melambangkan kerendahan hati.

Amalan membasuh kaki diambil daripada Injil Yohanes di mana Jesus membasuh kaki pengikut-pengikutnya bagi menunjukkan kerendahan hati sebelum Perjamuan Terakhir.

Ribuan penganut Katolik membanjiri Katedral Sacred Heart, Gereja Mary Immaculate Bukit Padang, Gereja Katolik St Simon di Likas, Gereja Katolik St Peter di Kudat serta Gereja St Anthony di Tenom, antara lain, untuk upacara itu. Ada umat yang terpaksa duduk di luar kerana ruang dalam gereja-gereja penuh sesak.

Pada hari berikutnya, umat Kristian kembali ke gereja untuk Jumaat Agung, hari di mana mereka memperingati penderitaan dan penyaliban Yesus Kristus.

Gereja Katolik St Theresa, Kota Marudu; Katedral St Francis Xavier, Keningau; Katedral Sacred Heart; Gereja Mary Immaculate, Bukit Padang dan Gereja Katolik St Simon, Likas penuh dengan pengikut-pengikut yang menghadiri Misa Jumaat Agung pada sebelah petang.

Kerusi-kerusi tambahan disediakan oleh pihak gereja namun semuanya penuh dengan cepat.

Esok adalah Hari Ahad Paska dan seminggu sebelum itu, umat katolik merayakan Ahad Palma bagi memperingati peristiwa Jesus Kristus masuk ke Jerusalem (Baitulmuqqadis) sebelum dia disalibkan.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here