Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Amaran keras kepada kontraktor Pan Borneo
Published on: Thursday, May 23, 2019
By: Ricardo Unto
Text Size:

Amaran keras kepada kontraktor Pan Borneo
KOTA KINABALU: Amaran keras dikeluarkan oleh kerajaan kepada kontraktor-kontraktor Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sabah.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony (gambar) berkata kontraktor-kontraktor itu harus lebih berhati-hati dalam melaksanakan projek itu.

“Saya menerima banyak aduan awam, khususnya di Sipitang, Beaufort, Papar, dan di sepanjang kawasan pembinaan,” katanya selepas mengagihkan bahan makanan segera untuk berbuka puasa kepada penumpang kereta api di Stesen Keretapi Sembulan, di sini, Rabu.

“Saya mahu memberikan amaran keras kepada kontraktor-kontraktor ini supaya mereka akan lebih berjaga-jaga dengan kemudahan awam di sepanjang kawasan pembinaan… banyak kemudahan awam ini, khususnya membabitkan Jabatan Air, rosak teruk disebabkan kecuaian mereka.

“Kerosakan-kerosakan ini menyebabkan pengguna mengalami gangguan air.”

Peter berkata, kontraktor Pan Borneo seharusnya merujuk kepada pihak berwajib terlebih dahulu untuk mengetahui lokasi tepat kemudahan awam itu.

“Kami akan mengarahkan kontraktor untuk membayar bagi pembaikan kerosakan itu.

“Tetapi isunya bukanlah siapa yang akan membayar untuk kerosakan itu, tetapi masalah itu menyebabkan kesukaran besar kepada penduduk terjejas,” katanya.

Menyebut contoh Membakut yang menghadapi gangguan air selama dua minggu baru-baru ini, beliau berkata, masalah sebegitu akan menjejaskan reputasi Kementerian.

“Jika kontraktor perlu memindahkan kemudahan awam, mereka perlu menyediakan ‘Pelan B’ – mereka perlu berfikir mengenai bekalan air dan elektrik.

“Memang benar, kami mahu pelaksanaannya dilakukan dengan cepat dan cekap, tetapi kita juga tidak harus mengabaikan kepentingan awam,” katanya.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here