Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Liew gesa SESB cekap urus bayaran RM144,853.10
Published on: Sunday, June 16, 2019
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Liew gesa SESB cekap urus bayaran RM144,853.10
SANDAKAN: Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong (gambar) berharap Sabah Electricity Sdn Berhad (SESB) lebih cekap dalam menguruskan pembayaran bil elektrik yang diterima daripada tiga buah kampung setinggan di daerah mengundinya iaitu Kampung Bakau, Kampung Sundang dan Kampung Sundang Laut.

Menurutnya, sejak 1 April tahun ini sehingga sekarang, sejak diberi mandat untuk membuat kutipan bil, pejabatnya telah membayar sebanyak RM144,853.10 kepada SESB. 

Wang itu, tambah beliau, adalah hasil kutipan bayaran elektrik yang diperoleh daripada pengguna elektrik yang tinggal di ketiga-tiga kampung setinggan berkenaan.

“Apa yang menjadi tanda tanya ialah kenapa invois pembayaan masih masuk ke sistem lama iaitu atas nama syarikat berkenaan yang mengurus bekalan elektrik itu dan juga yang gagal membuat bayaran tunggakkan dan sudah digantung perkhidmatannya?

“Kami mahukan penjelasan penuh kerana kami tidak mahu kira-kira 1,500 penduduk di kampung terbabit terjejas. Mereka tidak mempunyai bekalan elektrik termasuk semasa Hari Raya walaupun kita sudah membuat pembayaran hasil dari kutipan atau pembayaran orang kampung,” katanya pada Sabtu.

Difahamkan sehingga kini, terdapat sejumlah tunggakan dari beberapa tahun lalu masih gagal dibayar oleh syarikat itu kepada SESB.

Selaku pemimpin yang dipertanggungjawab mengutip bayaran itu, Liew kesal dituduh gagal membuat pembayaran, sedangkan hakikatnya ia sudah dibayar kepada SESB, yang dikatakan telah dikreditkan atas nama syarikat penyedia lama yang mengurus bekalan elektrik di kampung walaupun perkhidmatannya telah digantung.

Liew berkata Suruhanjaya Tenaga memaklumkannya di Kuala Lumpur pada Khamis lalu dengan mengatakan syarikat terbabit digantung sehingga kini.

“Kami mahukan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah ini.

“Kami juga bertungkus-lumus meminta pegawai dan kakitangan kami untuk bertemu penduduk di kawasan kampung terlibat bagi kutipan bayaran elektrik dan mereka (penduduk) turut membayarnya lalu bayaran itu diserahkan kepada SESB.

Liew berkata dakwaan beliau tidak membuat pembayaran kepada SESB daripada kutipan bil itu menjatuhkan reputasinya selaku wakil kawasan ini dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, beliau akan mengemukakan perkara itu kepada pihak berkuasa tertinggi dan akan menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika perlu untuk mendapatkan jawapan dan penyelesaian berhubung perkara tersebut. 

Liew turut menggesa SESB dan Suruhanjaya Tenaga agar lebih proaktif memberi cadangan terbaik memandangkan ia membabitkan bekalan elektrik kepada pengguna dan tertakluk kepada perundangan sedia ada.

Mengenai penyelesaian jangka masa panjang bagi membantu penduduk di tiga buah kampung itu menerusi mana-mana mekanisme pembayaran, beliau berkata, ia tertakluk kepada status kampung itu yang masih menunggu pengiktirafan daripada kerajaan negeri sekali gus memudahkan pemasangan meter elektrik ke setiap rumah.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here