Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Shafie: Sabah telah kemuka cadangan tempatkan kem tentera di Esszone
Published on: Wednesday, June 19, 2019
Text Size:

Shafie: Sabah telah kemuka cadangan  tempatkan kem tentera di Esszone
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  (gambar) berkata kerajaan Sabah telah mengemukakan cadangan kepada pihak keselamatan di peringkat persekutuan untuk menempatkan kem tentera di lokasi sesuai khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sabah berkata cadangan itu adalah sebahagian daripada usaha memperkukuhkan lagi kawalan keselamatan penduduk di kawasan itu bagi menangani ​​​​​​​sebarang jenayah rentas sempadan termasuk penculikan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Forum Sabah Baharu: Cabaran Baharu, Realiti Baharu, Peluang Baharu anjuran bersama Institut Kajian Pembangunan Sabah dan Institut Strategik Kingsley di sini.

Beliau mengulas kes penculikan terbaharu dipercayai dilakukan kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf di perairan Felda Sahabat 9, Lahad Datu, awal Selasa. 

Sementara  itu di KUALA LUMPUR, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor ketika mengesahkan kes penculikan itu, berkata insiden itu berlaku ketika perintah berkurung sedang berkuat kuasa di kawasan tersebut.

Beliau berkata kejadian pada 2.45 pagi itu juga berlaku ketika kumpulan nelayan tersebut sedang menangkap ikan di kawasan berkenaan menggunakan dua bot.

“Ketika kejadian ada seramai 16 nelayan di dalam dua bot, mereka kemudian didatangi dua bot yang kami percaya kumpulan penculik.

“Kumpulan itu hanya menculik 10 orang nelayan iaitu enam orang daripada sebuah bot dan empat (nelayan) daripada bot satu lagi,” katanya. 

Belum ada sebarang panggilan diterima daripada kumpulan penculik terbabit ketika laporan ini ditulis. – Bernama





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here