Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Tiga warga asing ditahan di Penampang
Published on: Thursday, June 20, 2019
By: Del Roester Rudim
Text Size:

Tiga warga asing ditahan di Penampang
PENAMPANG: Tiga lelaki asing berumur 19 hingga 40 tahun ditahan semasa operasi PTI di pekan Donggongon dan Penampang Baru pukul 2.30 petang, di sini, petang Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah DSP Mohd Haris Ibrahim dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin berkata operasi itu tertumpu kepada pendatang asing tanpa dokumen sah (PTI).

Katanya, kebanjiran PTI meningkatkan kadar aktiviti jenayah di sekitar sini dan bimbang akan kesejahteraan awam.

“Ketiga-tiga ini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang untuk dokumentasi dan ujian air kencing bagi mengesan kesalahan dadah,” kata Harris.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.    





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here